CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Eva Sangkal Dakwaan Sudah Berpisah Dengan Abang Viva

9-7-2023 05:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2089| Komen: 12

Kuala Lumpur: Eva Noza Zakaria yang juga isteri wira banjir, Azwan Omar atau dikenali 'Abang Viva' menyangkal dakwaan sudah berpisah dengan suaminya itu.

Tampil menjelaskan dakwaan khabar angin itu menerusi perkongsian video di TikTok, Eva turut memuat naik laporan satu portal berita bertajuk 'Abang Viva dah berpisah? Abang Viva muat naik status buat netizen tertanya-tanya'.


Di ruangan kapsyen, Eva menyatakan penjelasan itu juga yang pertama dan terakhir berhubung isu berkenaan.


"Assalamualaikum...berkenaan dengan orang yang muat naik berita. Sebenarnya dah (sudah) lama, cuma tak tahu kenapa sampai hari ini orang masih tanya benda yang sama.

"Rasanya mulanya benda ini mulanya nampak kecil tapi diharap orang yang mengeluarkan cerita ini sedar akan kesahihan setiap cerita yang dikeluarkan," katanya.

Menurut Eva, dia dan suami enggan memperbesarkan isu dengan mengambil tindakan undang-undang.


Bagaimanapun, Eva mengingatkan pihak berkenaan supaya berhenti menyebarkan perkara tidak benar dan menurunkan berita dimuat naik kerana menganggapnya sebagai kerja yang sia-sia.

"Tak perlulah benda kecil nak saman sebab Eva berasa mungkin salah faham dan keduanya, ia petikan daripada sesetengah blog atau page (laman).

"Eva malas besarkan cerita, Eva harap sangat mereka yang post (muat naik) berkenaan story (berita) tak benar ini, sila turunkan posting (hantaran) anda sebelum orang lain salah faham, sebelum fitnah ini berleluasa.

"Kalau boleh 'post' (muat naik) lah benda yang berfaedah. Doalah yang baik-baik, Insya-Allah," katanya.

Terdahulu, tular berita di laman sosial mengenai desas-desus perpisahan Azwan, 31, dan Eva Noza.

Ia dipeprcayai susulan satu status dimuat naik wira banjir berkenaan yang menyebabkan segelintir netizen membuat andaian sendiri.

Menurut rekod, Azwan yang terkenal dengan aktiviti sukarela membantu mangsa banjir di negara ini diijabkabulkan dengan Eva Noza pada 14 Oktober tahun lalu.

Majlis pernikahan berlangsung secara ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah di Ayer Keroh, Melaka dengan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua pasangan berkenaan.

Azwan sah menjadi suami Eva Noza menerusi sekali lafaz dengan mas kahwin RM150 dan wang hantaran RM8,888 dan sebentuk cincin serta beberapa hadiah iringan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 9-7-2023 05:31 PM
Penting ke kisah korang .....pelissss
Quote sharlenetexas 9-7-2023 05:33 PM
Pulak dah.

Tengah kemarau misi bantuan kat mana pulak?


Quote Perawankota 9-7-2023 07:23 PM
Nak saman pon belum tentu Ada lebihan wang nak bayar lawyer.
Quote Carcosa 9-7-2023 10:37 PM
Dah tak glamour, sponsorship pun dah kurengggg, haruslah birdie lariii
Quote Goodluckdontcry 9-7-2023 11:27 PM
Edited by Goodluckdontcry at 9-7-2023 11:44 PM

"wira banjir"...agak2 la nak mengangkat pun.. kehkehkeh dan hidup ko xde kene mengena dgn den...makanya den akan persetankan hal ko... kehkehkeh lantak ko lah.. ADA AKU KESAHHHH...

Ooo lupa plak nak buat drama...sapa dia eva?? Eva mendes?? Eva longoria?? Eva dont cry for me Argentina?? Ko sapa2 tah...so nyah ko ke bucu katil sana.... kehkehkeh
Quote maharani_gebu 10-7-2023 09:01 AM
isu semasa lar sangattttt
Quote apech 10-7-2023 09:07 AM
sharlenetexas replied at 9-7-2023 05:33 PM
Pulak dah.

Tengah kemarau misi bantuan kat mana pulak?

subang jaya memang ada gaya, hari2 hujan lebat
Quote menjad 10-7-2023 10:27 AM
dah tak masyukkkkkk musim paneh kot
Quote Burong_Hantuk 10-7-2023 11:27 AM
dorang ni ahli politik kah??
Quote mamajawie 10-7-2023 12:15 PM
kesssaaaaahhhh la pulak..ko tu kn mak jannss so jadi janss kali kedua kisah la plak..
Quote gekkou 10-7-2023 03:17 PM
famous sbb bantu org banjir
lepas tu dapat la bantuan
lepas tu kahwin
lepas tu gosip dan gosip dan gosip
tak membangun betul kisah dia
makin flop
Quote exclusive_vvip 10-7-2023 03:33 PM
ni sbb abam viva itu hari gedikkkk buat post mengundang kan..sama je la lakibini pun..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.092889 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top