CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nama Neymar Terus Panas, Kali Ini Ditahan Gara-Gara Bergaduh Dengan Pengunjung Kelab Malam

9-7-2023 05:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 297| Komen: 0

Nama pemain sensasi Neymar Jr kerap menghiasi laporan media dengan berita-berita yang kurang enak tentang dirinya.

Terbaharu, bintang Brazil itu dilaporkan ditahan selepas bergaduh dengan pengunjung sebuah kelab malam di Rio de Janeiro, lapor Mundo Deportivo.



Neymar dikatakan menghadiri konsert artis Brazil, Thiaguinho di bandar itu sebelum bertengkar dengan individu lain di kelab malam.

Ia menyebabkan beberapa orang menjerit dan menolak, memaksa pengawal keselamatan kelab malam untuk campur tangan.

Terdahulu, nama Neymar turut diperkatakan ramai selepas dia disaman pihak berkuasa negaranya gara-gara membina tasik tanpa kebenaran di kediaman mewahnya.

Sebelum itu, nama Neymar turut panas apabila dia secara terbuka mengakui curang semasa menjalinkan hubungan dengan pasangannya Bruna Biancardi. - Hindutan Times.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.096292 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top