CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Warganegara Malaysia Trauma Lihat Pemilik Rumah Sewa Di Singapura Hidu ‘Spender’ Merah, Londeh Tuala Sambil Onani

9-7-2023 05:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1559| Komen: 16

Seorang wanita warganegara Malaysia trauma apabila melihat pemilik rumah sewanya di Singapura melakukan sesuatu yang menjijikkan.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu melihat tuan rumah berkenaan beronani menggunakan seluar dalamnya.


Melalui satu hantaran tular di Facebook, wanita itu bersama teman lelakinya dikatakan menyewa sebuah bilik tidur di rumah flat yang mempunyai jumlah empat bilik.

Rakaman CCTV menunjukkan perbuatan jijik seorang lelaki.

Menurut teman lelaki mangsa, terdapat sepasang lagi warganegara Malaysia turut menyewa di dalam rumah flat yang sama.

"Kami pindah masuk pada bulan Jun tahu lepas, penyewa sebelum kami maklumkan yang tuan rumah selalu bawa calon penyewa untuk melihat kediaman ketika ketiadaan orang di rumah.

"Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kami pasang CCTV dalam bilik tidur pada November tahun lalu," ujarnya.


Namun begitu, pada 17 Mei, mangsa menerima notifikasi ketika dia sedang bekerja mengatakan ada seseorang memasuki biliknya.

Apabila dia memeriksa rakaman CCTV itu, dia terperanjat untuk melihat pemilik rumah sewanya sedang bertelanjang bulat di dalam bilik tidurnya.

Lelaki itu menggeledah barangan peribadi wanita terbabit untuk mencari seluar dalam dan apabila berjaya menemukan apa yang dicari, dia mula beronani.

"Saya ketakutan yang teramat dan tak dapat mengawal emosi sampai menangis. Tapi saya tak boleh tutup paparan CCTV tu sebab saya kena terus merakam untuk kumpul bukti," kata mangsa.

Dalam rakaman CCTV yang berdurasi 15 minit tersebut, pemilik rumah sewa itu dilihat memasuki bilik tidur wanita terbabit dengan hanya mengenakan sehelai tuala di paras pinggang.

Dia kemudian mengambil seluar dalam mangsa untuk menghidunya sebelum membuka tualanya dan menggunakan pakaian dalam tersebut untuk merangsang diri secara seksual.

Selepas selesai melampiaskan nafsu, dia meletakkan kembali seluar dalam itu ke tempat asalnya.

Mangsa dan teman lelakinya membuat laporan polis pada hari sama dan anggota polis datang untuk membuat siasatan di flat tersebut pada 18 Mei.

Sebagai bahan bukti, pihak polis mengambil seluar dalam berwarna merah yang digunakan lelaki itu ketika dalam rakaman CCTV dan tiga pasang seluar dalam berserta tiga lagi pakaian lain.

"Saya buang semua seluar dalam selepas insiden itu sebab saya tak tahu jika dia (pemilik rumah sewa) pernah menyentuhnya. Saya juga membasuh semula setiap satu pakaian saya," kata mangsa.

Sementara itu, teman lelaki mangsa mendakwa pemilik rumah sewa itu enggan untuk memohon maaf di atas perbuatan jeliknya dan tidak mahu memulangkan deposit rumah sewa mereka sebanyak $1,900 (RM6,574).

Pasangan itu kini sudah berpindah ke rumah sewa baharu tetapi mangsa dilaporkan masih dihantui insiden hitam terbabit sehingga ke hari ini dan terpaksa berhenti seketika daripada kerjanya.

"Saya akan menangis di siang hari dan mengalami gangguan jiwa. Saya mimpi ngeri hampir setiap malam.

"Saya ada berjumpa dengan doktor psikiatri sebagai proses pemulihan saya. Saya sekarang bertekad untuk tidak menyewa daripada lelaki lagi," kata mangsa. - World of Buzz


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 9-7-2023 05:59 PM
First class country .
Quote OshinDaSolja 9-7-2023 06:15 PM
bangsa apa pervert ni, apek selet tak basuh berak ke? yg jenis isi minyak ron95 henjut2 kereta? lepas tu pelahap bak kut teh 3 pinggan smpai buncit? lpas tu mengamuk jem dkt causeway?
Quote Firenzza 9-7-2023 08:13 PM
Bahaya tul apek spore nih.....kot2 datang angin gila dia mlm2 teruih bukak pintu bilik sewa guna kunci spare, habis dikerjakan wanita tuh
Quote zarulnazmi 9-7-2023 09:48 PM
OshinDaSolja: bangsa apa pervert ni, apek selet tak basuh berak ke? yg jenis isi minyak ron95 henjut2 kereta? lepas tu pelahap bak kut teh 3 pinggan smpai buncit? l ...


how about we call him babipura or pigpore.
Quote sharlenetexas 9-7-2023 09:53 PM
Flat hdb?


Quote Jitu 9-7-2023 10:21 PM
patutnya kena tukar door lock tu bila sewa bilik

tp kan aku terpikir klu yg bt ni lelaki yg nampak helok dan sedap adakah mangsa akan tetap jugak mengalami  gangguan jiwa dan mimpi ngeri setiap malam
atau dimaafkan
Quote ally9970 10-7-2023 09:13 AM
Mentaliti 1st world country?
Quote ifanonline 10-7-2023 09:15 AM
bahaya lelaki2 singapura ni...adakah mereka di deprive oleh sexual needs yg berkurangan? dah mcm warga korea dan jepun dah
Quote anony-mous 10-7-2023 09:59 AM
Kesian. Mgkin prempuan singapork ramai x lawa.

Thanks to previous tenant mcm bg hint dkt penyewa ni
Quote airfilterkotor 10-7-2023 10:29 AM
Plawok cina apanama tah, takmo buat joke pasei ni kaa?
Quote salimrock 10-7-2023 11:00 AM
airfilterkotor replied at 10-7-2023 10:29 AM
Plawok cina apanama tah, takmo buat joke pasei ni kaa?

ada la tak lama lagi, bola tanggung ni...
Quote Burong_Hantuk 10-7-2023 11:03 AM
saiko btl...
Quote ChildrenOfBodom 10-7-2023 11:06 AM
fetish and perverted fat fvck
Quote myakayina 10-7-2023 11:10 AM
elok ditendang je kotey 2 inch apek ni..
Quote airfilterkotor 10-7-2023 12:51 PM
salimrock replied at 10-7-2023 11:00 AM
ada la tak lama lagi, bola tanggung ni...

Bagai mengantuk disorongkan bantai.
Memang sedap kalau merejam bola tanggung ni.
Quote Decaffeinated 10-7-2023 10:09 PM
amoi tu kan duduk dgn boifren. trauma juga ka? firasat aku apek ni actually tak bahaya.

btw, kenapa ada acik2 yang terkejut dengan first world country ada pervert.


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.107707 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top