Datuk Yusof Haslam, 69, menyifatkan wajar untuk menantunya, Puteri Sarah Liyana, 38, tampil cantik, kemas dan bergaya walaupun pelakon wanita itu masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu.
Baru-baru ini, segelintir netizen di media sosial menyelar tindakan Puteri Sarah yang berkongsi gambar-gambar di Instagram dengan berpenampilan cantik dan kemas sebagai tidak menghormati tempoh edah. Yusof berkata, Puteri Sarah perlu bekerja dan mencari rezeki selepas bercerai. Katanya, bukan satu isu atau masalah apabila menantunya itu tampil cantik dan bergaya selalu. "Harus faham, Sarah bekerja untuk cari rezeki. Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita. Tidak semestinya dalam edah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya kekerapan bertemu dua cucunya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, penerbit drama Gerak Khas ini berkata, beliau dan isteri, Datin Patimah Ismail juga menghormati masa kerja Sarah yang sibuk dengan jadual penggambaran. "Sudah pastilah kami kena ikut kelapangan masa Sarah untuk bertemu dengan Syaikhul Islam dan Sumayyah. Paling tidak pun, sebulan sekali mereka akan datang ke rumah kami. "Apatah lagi, Syaikhul dan Sumayah rapat dengan tiga cucu saya yang juga anak kepada Syafiq dan Aesyah iaitu Nur Jannah, Nur Syaiba dan bayi lelaki, Nu Aiman. Mereka (Syaikhul dan Sumayyah) tetap penawar dan penghibur saya serta isteri di penghujung usia kami ini," katanya. Yusof berkata, beliau dan isteri juga sehingga kini sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sarah dan Syamsul. Katanya, semoga mereka berdua mengecap kebahagian diinginkan masing-masing walaupun sudah berpisah. Sumber: Harian Metro |
immaryjane replied at 9-7-2023 04:27 PM
Ayat dia sentiase elok. Tk ade berbelit2, sindir2. Even tersepit dgn anak menantu pn, still bg jwapa ...
cmf_blanco: Ada nampak kat IG PS,ada yang ...
Buritan replied at 9-7-2023 04:29 PM
Aku Respek la usop ni.. sentiasa backup Sarah.. hunting ko CT sarah
Buritan replied at 9-7-2023 04:27 PM
Ontahh.. bg aku laa cmn tak bergaya.. dia kena keje . Kena cari duit utk suap mulut anak.. patut tem ...
beatgirlX replied at 9-7-2023 06:49 PM
Aku dok pikir la apa kena mengena dgn CT Sarah... Bukan CT Sarah ar.. Puteri Sarah daa.. Ngan aku2 ...
ADVERTISEMENT