CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Virus Maut CCHF Menular Ke Eropah

9-7-2023 12:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2021| Komen: 17

London: Pakar-pakar kesihatan memberi amaran bahawa sejenis virus pembunuh kini merebak ke serata Eropah dan menjadi ancaman terbesar kepada kesihatan awam selepas menjangkiti penduduk di Iraq serta Namibia, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.


Virus penyebab demam berdarah Crimea-Congo (CCHF) itu juga menyebabkan dua kematian di Pakistan, manakala beberapa kes baharu dikesan di Sepanyol.

Minggu lalu, beberapa sumber memberitahu Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Parlimen bahawa jangkitan CCHF ‘berkemungkinan besar’ akan dikesan di Britain tidak lama lagi.


Ketua perubatan veterinar di Universiti Cambridge, James Wood berkata, CCHF boleh menularkan jangkitan di Britain melalui vektor sengkenit (kutu babi).

Penyakit itu berpunca daripada nairovirus yang disebarkan oleh kutu dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan CCHF mempunyai kadar kematian antara 10 hingga 40 peratus.


Lazimnya, penyakit itu menjangkiti kelompok kecil penduduk dan terhad pada Benua Afrika, negara-negara Balkan, rantau Asia Barat dan Asia, demikian menurut laman berita Express.

Bagaimanapun, penyakit itu boleh merebak ke luar wilayah asalnya dan menular ke pelbagai kawasan seperti Britain dan Perancis disebabkan faktor perubahan iklim.

WHO telah menetapkan CCHF sebagai antara sembilan ‘penyakit keutamaan’ iaitu penarafan penyakit yang memiliki risiko kesihatan awam terbesar.

Antara gejala awal CCHF termasuk sakit kepala, demam panas, sakit belakang dan sendi, sakit perut serta muntah. Pesakit juga akan mengalami kesan merah pada mata, muka, tekak dan bintik merah pada lelangit.

Dalam kes teruk, pesakit akan me­ngalami penyakit kuning, perubahan emosi dan deria rasa terganggu. Apabila berlanjutan, bengkak, pendarahan hidung dan pendarahan tidak terkawal pada kesan gigitan akan berte­rusan sehingga dua minggu.

Dalam wabak CCHF yang didokumenkan, kadar kematian dalam kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah antara sembilan hingga 50 peratus.

Iraq bergelut dengan penyakit itu pada tahun lepas apabila 212 kes direkodkan antara 1 Januari hingga 22 Mei. Daripada jumlah itu, 169 kes dilaporkan antara bulan April dan Mei.

Hampir 100 kes tambahan dan 13 kematian akibat CCHF pula direkodkan pada tahun ini. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cranell 9-7-2023 01:00 PM
nak kena vaksin lagi ke?
Quote Atata 9-7-2023 01:20 PM
Vektor sengkenit. Kalau takda idup kat area ada sengkenit takdelah kot
Quote uda 9-7-2023 01:23 PM
Penyakit ni kena drp gigitan kutu babi. rasanya kat ladang2 je kot. Takkan kat bandar ada kutu babi. Unless dia berjangkit melalui penafasan spt covid dan influenza. Merisaukan kalau mudah berjangkit.
Quote orglama 9-7-2023 01:34 PM
PKP lagi ke?
Quote green~tea 9-7-2023 01:57 PM
Shit i am touring europe right now
Quote green~tea 9-7-2023 01:58 PM
uda replied at 9-7-2023 01:23 PM
Penyakit ni kena drp gigitan kutu babi. rasanya kat ladang2 je kot. Takkan kat bandar ada kutu babi. ...

Kucing & anjing?
Quote uda 9-7-2023 04:02 PM

Drp uncle google:

"The CCHF virus is transmitted to people either by tick bites or through contact with infected animal blood or tissues during and immediately after slaughter. The majority of cases have occurred in people involved in the livestock industry, such as agricultural workers, slaughterhouse workers and veterinarians.

Human-to-human transmission can occur resulting from close contact with the blood, secretions, organs or other bodily fluids of infected persons. Hospital-acquired infections can also occur due to improper sterilization of medical equipment, reuse of needles and contamination of medical supplies."


Quote Tinot7 9-7-2023 04:50 PM
green~tea replied at 9-7-2023 01:57 PM
Shit i am touring europe right now

Jgn pi ladang
Quote green~tea 9-7-2023 05:27 PM
uda replied at 9-7-2023 04:02 PM
Drp uncle google:

"The CCHF virus is transmitted to people either by tick bites or through contac ...

Okay thanks....
Quote green~tea 9-7-2023 05:27 PM
Tinot7 replied at 9-7-2023 04:50 PM
Jgn pi ladang

Tu la... agri workers & slaughterhouse rupa nya
Quote Tinot7 9-7-2023 10:39 PM
green~tea replied at 9-7-2023 05:27 PM
Tu la... agri workers & slaughterhouse rupa nya

Selamat berjjcm..
Quote Simunggu 10-7-2023 09:04 AM

rindu pula PKP, duduk rumah gaji jalan..
Quote kepompong 10-7-2023 09:11 AM
cute nya nama… sengkenit
Quote midori888 10-7-2023 09:13 AM
green~tea replied at 9-7-2023 01:57 PM
Shit i am touring europe right now

Enjoy your holidays ...stay safe
Quote kepompong 10-7-2023 09:13 AM
uda replied at 9-7-2023 01:23 PM
Penyakit ni kena drp gigitan kutu babi. rasanya kat ladang2 je kot. Takkan kat bandar ada kutu babi. ...

kutu babi berada di mana2. Siapa yg keje hosp/klinik selalu jumpa kes kutu babi dlm telinga , mmg melekat dlm tu
Quote tompie 10-7-2023 09:22 AM
green~tea replied at 9-7-2023 01:57 PM
Shit i am touring europe right now

Adeh kak teh.. jjcm europe pun sempat memorem lagi..
Just enjoy your trip.. and avoid slaughterhouse dan sengkenit

Quote uda 10-7-2023 09:36 PM
kepompong replied at 10-7-2023 09:13 AM
kutu babi berada di mana2. Siapa yg keje hosp/klinik selalu jumpa kes kutu babi dlm telinga , mmg  ...

Aduiii... gatal tak?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.222173 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top