Petaling Jaya: Penampilan terbaharu Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang memakai tudung sewaktu berangkat ke Majlis Perasmian ‘Program Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up’ Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam, menerima pujian daripada rakyat.
Menerusi media sosial Selangor Royal Office, orang ramai meninggalkan komen memuji kecantikan baginda yang kelihatan manis dengan penampilan baharu tersebut. Tengku Permaisuri Norashikin bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Stadium Tertutup Kuala Selangor, semalam. - Foto Selangor Royal Office Salah seorang yang meninggalkan komen di Instagram Selangor Royal Office ialah pelakon Fazura yang memuji kecantikan baginda.
“Masya-Allah, masya-Allah cantik my TPS (Tengku Permaisuri Selangor,” katanya. “Masya-Allah, semakin lawa semakin berseri-seri Tengku Permaisuri,” ujar Nurhaznita. “Cantik Tengku Permaisuri Sekarang selepas pulang dari haji,” ujar Mohd. Fareed. Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke Tanah Suci menunaikan ibadah haji pada musim haji tahun ini. Sumber: Kosmo! Online |
pu3_rania replied at 9-7-2023 12:37 PM
Aku memang sangat impressed dengan Tengku Permaisuri Norashikin
Selalu follow di IG Selangor Royal O ...
krustykrab replied at 9-7-2023 02:45 PM
Takut nk komen
nw111 replied at 9-7-2023 02:27 PM
Dia ni pakai baju apapun nmpk cantik...tak mcm permaisuri penyu...pkai apapun nmpk tak kena kat ma ...
noor2 replied at 9-7-2023 02:53 PM
Kannn....hehe..x pe i memahami...
krustykrab replied at 9-7-2023 03:46 PM
Kita tunggu oren je
Oren lebih memahami hati kita
nw111 replied at 9-7-2023 02:27 PM
Dia ni pakai baju apapun nmpk cantik...tak mcm permaisuri penyu...pkai apapun nmpk tak kena kat ma ...
krustykrab replied at 9-7-2023 02:45 PM
Takut nk komen
sharlenetexas replied at 9-7-2023 04:18 PM
Sama gak kuin serambi. Nmpk serba tak kena pakaiannya.
nw111 replied at 9-7-2023 04:45 PM
Serambi tu yg biras kuin nmpk helok..lagi layak jadi kuin pada iols..
sharlenetexas replied at 9-7-2023 04:54 PM
Biras tu elok kemas penampilan.
Sheols tu pulak dgn ketat kat dada, tudung tak kemas. Body mcm kui ...
ADVERTISEMENT