CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bot Fiber Ditahan Bersama 18 Unit Bubu Naga

9-7-2023 12:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 187| Komen: 0

Bagan Serai: Sebuah bot gentian kaca (fiber) bersama 18 unit bubu naga ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau di kedudukan 0.2 batu nautika barat Kuala Gula di sini semalam.


Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, bot itu ditahan sekitar pukul 10.39 pagi setelah dikesan oleh pasukan operasi APMM yang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

Bot fiber bersama 18 bubu naga yang ditahan APMM di Kuala Gula, Bagan Serai semalam.

“Setelah ia dirapati dan diperiksa, anggota operasi mendapati bot itu dikendalikan sendirian oleh seorang nelayan warga tempatan berumur 42 tahun serta memiliki lesen yang sah.

“Namun, hasil pemeriksaan lanjut telah menemukan sebanyak 18 unit bubu naga di atas geladak utama bot yang disyaki digunakan sebagai alat menangkap ikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mohd. Najhan berkata, tekong itu ditahan untuk siasatan manakala bot dan 18 unit bubu naga yang dirampas dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana memiliki dan disyaki menggunakan peralatan menangkap ikan tanpa lesen yang sah,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.051289 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top