CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Maut Dilanggar Kenderaan Sepupu

9-7-2023 10:04 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 905| Komen: 8

Chukai: Bayi perempuan maut selepas dilanggar kenderaan dipandu sepupunya di kawasan rumah mereka di Kampung Darat Kolam, Kerteh malam tadi.

Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali yang berusia setahun lima bulan parah di kepala, disahkan meninggal di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, polis menerima laporan insiden pada 10.30 malam dan siasatan awal mendapati mangsa dilanggar pacuan empat roda dipandu sepupunya iaitu wanita berusia 19 tahun.

Kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan seorang bayi malam tadi. - Foto PDRM

"Sebelum kejadian, kenderaan itu diparkir di hadapan sebuah rumah dan pemandu kemudian memasuki kenderaan untuk bergerak ke rumah bapa mentua di Rasau, Dungun.

"Mangsa pula yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.


"Pemandu dikatakan terlanggar mangsa yang menyebabkan dia parah dan meninggal dunia," katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa terkena tayar sebelah kiri kenderaan dan mayatnya dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pisanggoreng 9-7-2023 10:13 AM
dah start musim kanak2 mati ni
Quote pearl.silver 9-7-2023 10:18 AM
Sedih laa byk nya kes cuai sampai kematian kanak2 dan bayi. Sbb org mudah beranak ke?
Quote noor2 9-7-2023 10:18 AM
Astaghfirullah ....innalillah...cuai sungguhla org dewasa semua ni...
Quote scorpionkiki 9-7-2023 10:23 AM
Bukan salah driver tu...salah maknya. Bdk tu kat titik buta tu...tinggi pulak 4×4
Quote auntieagony 9-7-2023 10:27 AM
Perkara pertama, harap ada lesen dan insurance.

Kalau ada kanak2 di kwsn persekitaran, mmg kena berhati2. Sbb kanak2 suka ikut org2 dewasa bila dia tahu org dewasa nak keluar.

Kalau ada kucing pun, kena berhati2. Kdg2 diaorg suka pergi belakang kereta atau tidur bawah kereta bila kita nak drive keluar rumah.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Quote mejaputih 9-7-2023 10:27 AM
scorpionkiki replied at 9-7-2023 10:23 AM
Bukan salah driver tu...salah maknya. Bdk tu kat titik buta tu...tinggi pulak 4×4

Betul ..kesian sepupu dia trauma nk drive pasni
Quote tahanie 9-7-2023 10:56 AM
Sebelum masuk kereta memang kena pastikan keberadaan anak2 and pesan dekat orang tua kita nak keluar supaya dia tengok anak.
Quote mimi_ayu 9-7-2023 11:12 AM
Takziah pd keluarga mangsa
Berturut2 plak berita kanak2 setahun lbh meninggal..
Bdk2 setahun lbh ni tgh byk keletah..ngan br nk pndai ckp..pndai menari..xblh byg perasaan i u ngan ayhnya..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.036868 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top