Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab, 77, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi. Berita duka itu dikongsi menantunya, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi tadi.
Azhar berkata, Allahyarham Pahamin yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London. "Dukacita saya hendak maklumkan bapa mentua saya, Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia. "Beliau baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London," katanya dalam video yang dimuat naik. Azhar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain akan berangkat ke London, esok. Allahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun.
Allahyarham Pahamin pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998. Allahyarham Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd. Sumber: Harian Metro |
nuralisa replied at 9-7-2023 10:12 AM
Lamanya dia jd KP JPJ
nuralisa replied at 9-7-2023 10:12 AM
Lamanya dia jd KP JPJ
nw111: Edited by nw111 at 9-7-2023 1 ...
edayildiz replied at 9-7-2023 12:22 PM
Innalillah..pernah bertembung ngan arwah dlm satu flight..masa tu dok knl pun arwah siap tp snyum je ...
nw111 replied at 9-7-2023 10:56 AM
Betul ke info tu..gred brp dia jadi kp...takkan baru kerja dh jadi jusa...reporter skrg ni bkn blh ...
auntieagony replied at 9-7-2023 10:30 AM
Innalillahi wainna ilaihi raajiun
Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkan ...
scorpionkiki replied at 9-7-2023 12:51 PM
Dlm tahun 1980 dia jd GM Kedah Dev Authority
nw111 replied at 9-7-2023 01:02 PM
Mcm ada dgr cerita ni..otw pegi praque ke? Or somewhere kt eastern Europe? Lecturer usm?
ADVERTISEMENT