CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hakim Putuskan Isteri Tidak Boleh Bergantung Kepada Nafkah Suami

8-7-2023 11:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 514| Komen: 1

New Delhi: Mahkamah Tinggi Karnataka di India memutuskan bahawa seorang isteri yang sebelum ini bekerja tidak boleh bergantung semata-mata kepada suaminya untuk mendapatkan nafkah, lapor portal berita The Times of India semalam.


Hakim Rajendra Badamikar menolak petisyen seorang wanita dari bandar Anekal di daerah Bengaluru dengan menyatakan bahawa dia mempunyai kewajipan untuk berusaha menyara diri dan hanya boleh mendapatkan nafkah sokongan daripada suaminya.

Seorang hakim memutuskan bahawa si isteri yang pernah bekerja tidak sepatutnya bergantung kepada suami untuk mendapatkan nafkah ketika membuat keputusan di Mahkamah Tinggi Karnataka baru-baru ini - Foto India Legal

Wanita itu dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun telah memfailkan permohonan nafkah di bawah Akta Perlindungan Wanita daripada Keganasan Rumah Tangga 2014.

Menurut portal berita Life Law, wanita dan kanak-kanak itu mencabar perintah Mahkamah Sesyen yang mengurangkan nafkah yang diberikan kepada daripada 10,000 rupee (RM565.27) kepada 5,000 rupee (RM282.63) dan sejumlah pampasan.


Pempetisyen berhujah bahawa jumlah  itu adalah sedikit dan pihak mahkamah tanpa sebarang alasan yang wajar telah mengurangkan nafkah tersebut.

Hakim itu juga menyatakan, isteri pempetisyen tidak mahu tinggal bersama ibu mertua dan kakak iparnya yang belum berkahwin. 

Wanita itu meletak jawatan selepas mendirikan rumah tangga. – AGENSI 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nono86 8-7-2023 11:46 PM
Perempuan memang tak diharga langsung kat negara ni.. hina perempuan dimata depa, sampai lupa keluar dari badan perempuan..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.438303 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top