CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Proton Savvy Maut Selepas Hampir Sebulan Bertarung Nyawa

8-7-2023 10:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1257| Komen: 5

Kampar: Pemandu kereta Proton Savvy yang parah terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan menghantar dua adik untuk mendaftar di Universiti Malaya (UM) di Cyberjaya bulan lalu, disahkan meninggal dunia hari ini.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa, Muhammad Danial Haikal Ghazali, 24, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.17 tengah hari tadi, di Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang.

Keadaan kereta dinaiki mangsa kemalangan maut yang remuk setelah merempuh treler di Kilometer 301.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini bulan lalu.

“Akibat kemalangan itu, mangsa parah dan mengalami pendarahan di perut. Mangsa yang dipindahkan ke Hospital Balik Pulau dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) meninggal dunia pada 12.17 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Media pada 17 Jun lalu melaporkan, nahas di Kilometer 301.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan membabitkan sebuah treler dan Proton Savvy itu telah mengorbankan adik Muhammad Danial, Muhammad Zweill Haikal, 18.

Mangsa yang beralamat di Georgetown, Pulau Pinang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Nahas sekitar pukul 6.22 pagi itu turut mengakibatkan ibu mangsa berusia 49 tahun serta dua abang dan adik lelakinya cedera.

Kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan ke Cyberjaya untuk mendaftarkan Muhammad Zweill Haikal dan abangnya berusia 20 tahun di UM, Cyberjaya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamnie 8-7-2023 11:35 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun sedehnye..
Quote Chah21 9-7-2023 12:48 AM
Muda2 semua.. sedihnya hilang 3 ank sekali
Quote Supersirap 9-7-2023 08:59 AM
Salam takziah kepada keluarga mangsa, semoga dipermudah segala urusan
Quote otai_g 9-7-2023 09:20 AM
Savvy ni antara kereta yg bodynya keras Dan safety agak baik jgk. Tp x pasti ada airbag atau x.
Quote auntieagony 9-7-2023 10:36 AM
Edited by auntieagony at 9-7-2023 10:39 AM

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Baru tahu ada Universiti Malaya di Cyberjaya. Betul ker?
Update : mmg ada UM Centre for Continuing Education kat Cyberjaya.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.037559 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top