CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Phone Scam': Penyelia Syarikat Hilang Lebih RM200,000

8-7-2023 09:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 764| Komen: 8

Teluk Intan: Seorang penyelia syarikat swasta menjadi mangsa terbaru 'phone scam' sehingga kerugian RM217,000.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa seorang wanita berusia 38 tahun membuat laporan diperdaya sindiket penghantar barang pada jam 1.23 petang, semalam.


Katanya, hasil siasatan awal pihak polis mendapati, mangsa dihubungi empat individu berlainan pada 26 Jun lalu, kira-kira jam 2 petang yang memperdaya mangsa dengan pelbagai dakwaan mencurigakan.


"Mangsa menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya daripada syarikat penghantaran barang, menyatakan terdapat satu bungkusan milik mangsa mengandungi lima kad pengenalan, lima pasport dan lima kad ATM pelbagai bank.

"Apabila mangsa menafikan milik bungkusan itu, mangsa diminta membuat laporan polis secara dalam talian dengan menyambungkan talian telefon kepada seorang perempuan yang memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan Jasmine, sebelum disambungkan kepada lelaki mendakwa sebagai Inspektor Wong," katanya.


"Mangsa kemudiannya disambungkan talian kepada individu dengan nama Datuk Koh yang mengaku sebagai pegawai tinggi polis sebelum mengarahkannya memasukkan kesemua wang simpanan ke dalam enam akaun bagi tujuan siasatan membersihkan nama mangsa dan berjanji wang itu akan dikembalikan semula," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Yusri berkata, mangsa terpedaya dengan suspek kemudian memindahkan keseluruhan wang simpanan dan wang pinjaman sebanyak RM217,000 bermula 27 Jun hingga 30 Jun lalu.

Katanya, mangsa menyedari ditipu selepas menceritakan kejadian itu kepada rakannya dan membuat laporan polis.

Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya menggunakan aplikasi Whoscall atau Truecaller untuk mengetahui identiti pemanggil yang tidak dikenali serta tidak mudah panik sekiranya menerima panggilan dari scammer.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 9-7-2023 01:06 AM
Siapa pernah guna Whoscall atau Truecaller boleh tak cerita skit psl apps ini.
Quote ipanimanz1 9-7-2023 01:27 AM
Skali dengar berita hilang puluh2 k, ratus2 k.mcm mana la depa ada duit banyak eh?
Quote green~tea 9-7-2023 03:23 AM
ipanimanz1 replied at 9-7-2023 01:27 AM
Skali dengar berita hilang puluh2 k, ratus2 k.mcm mana la depa ada duit banyak eh?

Scammer mmg ada database.. deme aim org2 ada simpanan dalam bank or acik2 baru pencen or dpt kwsp
Quote alieyrina 9-7-2023 04:26 AM
Buat laporan polis lepas bagi duit semua. Cantekkk
Quote CiliPadiSedap 9-7-2023 06:35 AM
Setuju. Mereka dah ada target. Kasihan wei duit simpanan hangus cmtu. Malaysia ni lubuk scammer. Kalau singapore kejap je dpt tangkap
Quote swateng1 11-7-2023 04:01 PM
penyelia syarikat pun saving beratussss k..pehhhhh
Quote swateng1 11-7-2023 04:01 PM
penyelia syarikat pun saving beratussss k..pehhhhh
Quote sayawifenikmie 11-7-2023 04:05 PM
oran mm enis ta membaca e ?

an dia ada buat PINAMAN ?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.184192 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top