CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Muhyiddin Hanya Umum Nak Bantu Felda Tapi Tak Tunai Janji'

8-7-2023 09:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 830| Komen: 6

Kuala Lumpur: Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melaksanakan janjinya untuk melupuskan hutang peneroka.


Beliau berkata, kerajaan pada 2021 hanya mengumumkan usaha untuk pelupusan hutang peneroka kepada FELDA, tanpa ada perjanjian bertulis dengan FELDA untuk menunaikan komitmen itu.


"Dulu Muhyiddin semasa jadi Perdana Menteri kata kerajaan akan bayar RM1 bilion setahun selama 10 tahun. Sepatutnya sudah mula bayar 2022. Tapi ia tak berlaku. Buah yang ditunggu tak jatuh-jatuh. Ia hanya janji, tapi tak laksana.

"Sebab tak ada hitam putih dengan FELDA untuk bantu selesaikan hutang yang banyak itu. (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim, (di bawah) Kerajaan Perpaduan baru-baru ini putuskan penyelesaian.

"Buat Perjanjian dengan FELDA untuk selesaikan sukuk. Kerajaan Perpaduan bagi komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada FELDA untuk selesaikan hutang itu. Alhamdulillah FELDA lega dan boleh bantu lagi peneroka," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.


Ahmad Shabery berkata, pada ketika itu juga FELDA terpaksa berhutang RM9 bilion dalam bentuk sukuk untuk mengambil alih FGV Holdings Berhad serta membayar pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Maybank.

"Betul, 2021 diumum hutang peneroka kepada FELDA dilupus. Tapi FELDA pulak berhutang melalui sukuk untuk ambil alih FGV, bayar hutang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Maybank. Banyak tu..lebih RM9 Bilion. Macam mana FELDA nak bayar hutang?" katanya.

Muhyiddin hari ini mendakwa tuduhan dilemparkan oleh Anwar berhubung pelupusan hutang peneroka FELDA adalah satu pembohongan.

Ahli Parlimen Pagoh yang kesal dengan dakwaan itu menegaskan pelupusan hutang sudah dilaksanakan ketika beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan petang tadi menyangkal dakwaan Muhyiddin itu, dengan menyifatkan beliau baru sahaja menandatangani kelulusan pelupusan hutang itu pada akhir bulan lalu.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 9-7-2023 07:27 PM
Nampak beno la dia ni pro malanon
Quote laqoyah 10-7-2023 01:26 AM
Jana Berciritan
Quote rikiruj 10-7-2023 10:30 AM
macamana nak follow through.. jadi PM kejap je.. bukan boleh hari ni plan besok execute macam DSAI & Rafizi sembang hari menang besok harga minyak turun.. habuk pun takdak..
Quote stingerkaypoh 13-7-2023 12:12 PM
Jana Berpencirit....
Quote BumpIQ 13-7-2023 12:37 PM

Jana Bidayuhcirit
Quote laqoyah 13-7-2023 08:35 PM

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.041212 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top