CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panjat Jambatan Mahu Bergambar, Remaja Jatuh Sungai

8-7-2023 09:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1397| Komen: 13

Tuaran: Seorang remaja berusia 13 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam Sungai Tuaran, Kampung Telibong, Tamparuli di sini, hari ini.

Mangsa warga tempatan, Mohd Hisham Iskandar Azli dipercayai tergelincir ketika menyeberangi Jambatan Gantung Kampung Damat - Kampung Lakang bersama lima rakannya kira-kira jam 2.30 petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.38 petang berhubung kejadian terbabit.

Lokasi mangsa dipercayai terjatuh dari Jambatan Gantung Kampung Damat - Kampung Lakang di Kampung Telibong, Tamparuli. FOTO IHSAN PDRM

Katanya, seramai sembilan anggota termasuk unit anjing pengesan (K9) bergegas ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).


"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di kawasan pinggir sungai dengan bantuan penduduk kampung berhampiran menggunakan bot."

"Bagaimanapun, mangsa yang memakai pakaian baju berwarna kuning dan seluar hitam belum ditemui di sekitar radius sejauh dua kilometer sehingga kini." katanya.

Menurutnya, operasi turut disertai agensi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran Tuaran.

"Operasi ditangguhkan pada jam 6.50 petang tadi dan akan disambung pada keesokkan pagi," katanya.

Menurut saksi di lokasi kejadian, mangsa dilihat memanjat jambatan gantung untuk bergambar namun tergelincir dan tidak sempat berpaut sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Rakan mangsa kemudiannya bergegas meminta bantuan penduduk kampung manakala mangsa dilihat kali terakhir sejauh 100 meter sebelum tenggelam.

Hasil tinjauan di lokasi, paras sungai masih belum menurun sepenuhnya selepas berlaku peningkatan akibat hujan lebat semalam.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 8-7-2023 09:55 PM
Edited by noor2 at 8-7-2023 09:57 PM

Sakit kepala aku baca berita2 mcm ni....mana la otak ko dik

Betul ke tergelimcir...jgn kawan main tolak2 sudah
Quote tumpanglalu74 8-7-2023 10:15 PM
Aku ponah naik jambatan ni.  Ade pulak orang pegi henjut2 pulak sampai beralun jadinye.  Rase nak tembak aje..
Quote mejaputih 8-7-2023 11:08 PM
Lately byk pula kejadian lemas kat sungai huhu
Quote Supersirap 9-7-2023 09:10 AM
Salam takziah
Quote otai_g 9-7-2023 09:16 AM
Aku pnh smpi jambatan ni. Br gerak 5 langkah da rs x stabilnya. Nama pun jambatan gantung bkn jambatan besi. Blh plk dia berani panjat jambatan ni. Da bosan hidup agaknya
Quote shernazz 9-7-2023 09:29 AM
Motip nak panjat?
MCM tak logik je
Quote kucing_gebu 9-7-2023 10:19 AM
Kalau bergambar elok2 brdiri atas jambatan tu apa masalahnya. Nak kena panjat2 jgk. Mendapat la ko dikkk
Quote pooh~key 9-7-2023 12:56 PM
Alah baru sekor jah yang mamposnya dalam banyak2 remaja satu malaysia dekkk… drama la chuols ni semua sis.
Quote babyLON. 17-7-2023 03:30 AM
kucing_gebu replied at 9-7-2023 10:19 AM
Kalau bergambar elok2 brdiri atas jambatan tu apa masalahnya. Nak kena panjat2 jgk. Mendapat la ko d ...

dah jumpa mayatnya tapi ada plot twist. ayat "mendapat la ko dik" tu tak sesuai langsung
Quote pengecatbintang 17-7-2023 08:13 AM
Edited by pengecatbintang at 17-7-2023 08:15 AM

x pasti kes jatuh ni kat jambatan gantung tamparuli yg femes tu ke tak..

la ni kat jambatan gantung tamparuli yg femes ni ada Pasar Tani

Kisah Cinta Jambatan Tamparuli

Kalau mengikut kisah orang tempatan, jambatan untuk kenderaan sebenarnya dibina oleh jurutera British selepas perang (sekitar tahun 1950an).

Struktur pembinaan jambatan ini terus-menerus roboh. Walau apapun yang dilakukan ia tidak dapat menahan arus sungai terutamanya pada waktu hujan.

Pada masa yang sama jurutera ini juga telah jatuh cinta dengan seorang anak dara tempatan. Akan tetapi beliau bertambah kecewa sebab bukan sahaja jambatannya roboh, tapi hatinya juga hancur apabila mendapat tahu bahawa buah hatinya bermain kayu tiga.

Pada satu hari beliau menemui seorang pawang dan bertanyakan tentang masalah jambatan beliau. Beliau diberitahu bahawa semangat sungai itu mahukan korban seorang anak dara.

Jurutera ini mengambil keputusan untuk memperdayakan kekasihnya dan menjadikannya sebagai korban — sebagai balasan kerana bermain kayu tiga dengan nya.

Kekasihnya ditanam di tiang pertama jambatan ini. Akan tetapi sama seperti kisah Mahsuri, wanita tersebut bersumpah jambatan ini akan terus roboh sehinggalah darah jurutera tersebut dialirkan di sungai itu.

Jurutera British ini akhirnya membunuh diri beliau di sungai ini.

Jadi kalau anda terdengar bawa ada yang menggelarnya sebagai Lovers River, ini adalah antara sebabnya.




Quote sangbara2020 17-7-2023 10:21 AM
teringat yg 1 family tu
aduhaii...
Quote asfaz 17-7-2023 11:52 AM
dah jumpa kan. jauh giler dr tempat jatuh . 100km
Screenshot_2023-07-17-11-51-34-744_com.android.chrome-edit.jpg
Quote chiyoasuka 31-7-2023 12:26 AM
salam takziah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.047822 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top