CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Tadika Tular Jenaka Anggap Murid Calon Jodoh

8-7-2023 09:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 811| Komen: 2

Bangkok: Seorang guru di Thailand tular selepas menyiarkan gambar seorang pelajar tadika bersama kapsyen ‘mengapa jodoh saya dilahirkan lewat?’.

Portal berita Thaiger melaporkan Selepas hantaran itu dikongsi semalam, tindakan guru tersebut mencetuskan maklum balas negatif dengan netizen mempersoalkan kenapa dia dibenarkan untuk mengajar.


Gambar hiasan

Gambar itu memaparkan seorang pelajar tadika sedang makan di kantin sekolah sambil dikelilingi rakan sekelasnya.

Orang ramai percaya guru itu bertindak sedemikian kerana rasa sayang kepada pelajar terbabit dan meluahkannya sebagai jenaka.

Bagaimanapun, sesetengah pihak melihat tindakan itu tidak wajar dan tidak senonoh.

Mereka mempersoalkan sama ada tindakan itu boleh dianggap sebagai pedofilia dan melanggar etika perguruan profesional. 

Pihak sekolah kemudian menyiasat perkara itu dan berjanji perkara sedemikian tidak akan berulang. – Agensi



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 8-7-2023 10:17 PM
euwww so unprofessional, bdk tadika lak tu. jijik nau
Quote Tinot7 9-7-2023 12:52 PM
Alangkan budak 16 tahun pun tak sesuai nak dibuat lawak mcm ni, apatah lagi budak 6 tahun..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.106644 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top