CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Makan Telur Buaya Peliharaan, Elak Menetas

8-7-2023 09:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 955| Komen: 6

Petaling Jaya: Seorang lelaki mendedahkan dia bertindak memakan telur buaya yang digoreng kerana tidak mahu ia menetas.

Katanya yang menggunakan akaun TikTok @khairuljohari27, ruang di rumah untuk menjaga beberapa haiwan eksotik yang dipeliharanya sudah terhad dan tidak boleh menampung sekiranya muncul anak buaya baharu lagi.


Khairul menunjukkan buaya yang dipelihara di rumah serta resepi telur goreng buaya menerusi perkongsiannya di TikTok.

“Tempat saya bukan zoo, saya bela haiwan sebab hobi, di rumah saya banyak haiwan lain juga bukan buaya semata-semata, dan ruang rumah saya agak sempit. Bukan saya sengaja tak nak menetaskan telur buaya itu, tapi sebabnya saya tak ada tempat.

“Lama saya menunggu buaya itu bertelur, tapi sebab saya dah bincang dengan isteri, kami kekurangan tempat untuk tambahan haiwan, jadi kami ambil keputusan untuk makan telur buaya itu,” terangnya menerusi satu perkongsian video di TikTok kelmarin.


Khairul turut mempunyai lebih 1,000 jenis spesies haiwan yang dipelihara dan diternak secara sendiri di rumah termasuk haiwan eksotik.

Terdahulu, Khairul berkongsi rakaman dia memakan telur buaya yang dikatakan mempunyai rasa tersendiri dan berbeza daripada telur ayam atau itik seperti kebiasaan orang makan.

Kongsinya, telur buaya terasa lebih kenyal dan berlemak.

“Bahagian kuning sedap, bahagian putih telur rasa lain macam sikit,” katanya sambil menunjukkan cara-cara isterinya menggoreng telur buaya tersebut.

Menerusi perkongsiannya itu, ramai teruja melihat dia menikmati telur goreng buaya dan ada yang mencadangkan agar dimasak pelbagai resepi masakan lain menggunakan bahan tersebut. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 8-7-2023 10:19 PM
boleh ke mkn? gelinya
Quote whimsicalmusic 8-7-2023 10:20 PM
Edited by whimsicalmusic at 8-7-2023 10:21 PM
whimsicalmusic: boleh ke mkn? gelinya
kenapa xjual je? mesti mhl mknn eksotik mcm ni. xdpt edit komen awal td
Quote pearl.silver 8-7-2023 11:09 PM
Xcaye la dia mkn telur buaya. Ada lesen bela binatang eksotik ke dia ni
Quote sharlenetexas 8-7-2023 11:10 PM
Rumah heols besar mana?


Quote intan244 11-7-2023 08:37 AM
pastu katanya mak buaya tu merajuk xnak makan sbb tuan dia mkn anak dia.
semoga dipermudahkan urusan.
Quote bakingsoda 11-7-2023 03:04 PM
intan244 replied at 11-7-2023 08:37 AM
pastu katanya mak buaya tu merajuk xnak makan sbb tuan dia mkn anak dia.
semoga dipermudahkan urusan ...

harap mak buaya pulak makan si kerol nih. rumah dia kat mana wey? jauh dr orang ramai ke? kalau dah bela buaya hampir pasti bela ular gak

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.132937 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top