CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Serang Masjid Syiah Jalani Hukuman Gantung Hari Ini

8-7-2023 06:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 232| Komen: 0

Dubai: Iran menjalankan hukuman mati ke atas dua lelaki kerana kesalahan menyerang sebuah masjid Syiah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 13 nyawa pada Oktober tahun lalu dan ianya diakui dilakukan kumpulan Daesh, lapor media tempatan.


Agensi berita rasmi IRNA melaporkan, kedua-dua lelaki itu digantung di bandar selatan Shiraz, pada waktu subuh hari ini.

Gambar hiasan. Iran hari ini menjalankan hukuman mati ke atas dua lelaki kerana kesalahan menyerang sebuah masjid Syiah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 13 nyawa pada Oktober tahun lalu.

Ketika perbicaraan, lelaki itu berkata mereka berhubung dengan Daesh di negara jiran, Afghanistan dan membantu mengatur serangan ke atas masjid Shah Cheragh di Shiraz, lapor media Iran.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan di saluran televisyen kerajaan menunjukkan seorang penyerang memasuki masjid terkenal itu selepas menyembunyikan senapang serangan di dalam beg dan melepaskan tembakan ketika jemaah cuba melarikan diri serta bersembunyi di koridor.


Lelaki bersenjata itu yang dikenal pasti sebagai warga Tajikistan, kemudian meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialami ketika serangan berkenaan.

Pegawai pada mulanya memaklumkan, 15 terbunuh dalam serangan itu, namun kemudian mengesahkan mangsa yang terbunuh seramai 13 selepas semakan semula.

Daesh yang pernah menimbulkan ancaman keselamatan di seluruh Asia Barat, mengaku bertanggungjawab ke atas keganasan awal di Iran, termasuk dua serangan maut pada 2017 yang menyasarkan parlimen dan makam pengasas Republik Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini. - REUTERS


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.179019 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top