CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaki Tipu Wanita Kantoi Akhirnya

8-7-2023 06:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 297| Komen: 3

Beijing: Seorang lelaki di China yang menipu lapan wanita membabitkan nilai kerugian lebih 3 juta yuan (RM1.9 juta) tersangkut pada birai tingkap di tingkat 23 pangsapuri ketika cuba melarikan diri.


Akibatnya dia terpaksa menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan, sekali gus membongkar jenayah penipuan dilakukannya.

Modus operandi lelaki dikenali Nie itu ialah berkawan dengan mangsanya di laman janji temu secara dalam talian dan menyamar sebagai berjaya yang memiliki syarikat pengubahsuaian rumah di Hefei, wilayah Anhui, timur China, lapor South China Morning Post.


Agensi Sichuan Observation pula melaporkan, transkrip perbualan dalam taliannya sejak 2019 hingga 2023, menunjukkan Nie memindahkan ribuan yuan kepada wanita itu dalam usaha untuk mendapatkan kepercayaan.

Sebaik saja mangsa mula mempercayainya, dia mula meminjam wang daripada mangsa dan akan memberi pelbagai alasan apabila tiba masa untuk membayar balik.


Salah satu alasan kerap digunakan ialah akaun syarikatnya tidak boleh memindahkan sejumlah besar wang sekali gus.

Apabila ada mangsa meragui kemewahan dipamer, dia akan memanipulasi wanita terbabit sehingga mempercayainya.

Bagaimanapun, seorang mangsa dikenali Zhang hilang sabar apabila lelaki itu gagal membayar hutangnya sebanyak 300,000 yuan (kira-kira RM194,012) dan menerjah kediaman lelaki itu.

Kerana tidak boleh melarikan diri dan tersangkut di birai tingkap, Nie tiada pilihan melainkan meminta tolong pihak berkuasa sekali gus mendedahkan jenayah dilakukannya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 8-7-2023 07:16 PM
Pompuan cina pandai pun kena tipuu ekk.. cina kalo menipu LG licikk
Quote Skuau 8-7-2023 07:40 PM
Buritan replied at 8-7-2023 07:16 PM
Pompuan cina pandai pun kena tipuu ekk.. cina kalo menipu LG licikk

yg kt klia tu acaner..nipu ke idok???
Quote Buritan 8-7-2023 08:09 PM
Skuau replied at 8-7-2023 07:40 PM
yg kt klia tu acaner..nipu ke idok???

Rasa mcm nipuuu.. aku tak cayeee . Tp tak Tau laa plk kot kot betullla plkkk .

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.043237 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top