CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 'Pemuja Syaitan' Bunuh Isteri, Makan Otak, Jadikan Tengkorak Bekas Abu Rokok

8-7-2023 06:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 475| Komen: 2

Mexico City: Lelaki 'pemuja syaitan' yang bertindak kejam apabila memakan otak isterinya bersama taco dan menjadikan tengkorak wanita itu sebagai bekas abu rokok, berjaya ditahan di Mexico.

Suspek dikenali Alvaro, 32, ditahan di rumahnya di Puebla pada 2 Julai lalu dan dituduh membunuh isterinya pada 29 Jun ketika di bawah pengaruh bahan larangan.

Dalam soal siasat pihak berkuasa, lelaki itu mendakwa, Santa Muerte (wali kematian) dan syaitan mengarahnya melakukan jenayah itu.


Alvaro digelar 'Kanibal Puebla' selepas mengerat badan isterinya, Maria Montserrat Animas Montiel, 38, yang juga ibu lima anak, sebelum meletakkan mayatnya ke dalam beg plastik.

Dia didakwa membuang sebahagian daripada anggota badan wanita itu ke dalam gaung di belakang rumah dan menyimpan selebihnya di rumah mereka.

Selepas dua hari kejadian, Alvaro didakwa menelefon anak tirinya dan mengaku melakukan pembunuhan kejam itu.


Ibu mangsa, Maria Alicia Montiel Serran memberitahu media tempatan yang suspek meminta anak perempuan tirinya untuk datang dan mengambil ibunya.

"Dia kata 'saya sudah membunuhnya dan mayat ada dalam beg.'

"Dia membunuh anak saya dengan parang, pahat dan penukul. Saya tanya dia kenapa bunuh anak saya kerana dia bukannya jahat.

"Lelaki itu jawab, anak saya tidak lagi menderita," katanya.

Maria Montserrat berkahwin dengan Alvaro kurang setahun lalu dan mempunyai lima anak perempuan berumur 12 hingga 23 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Menurut ibunya, dua anak bongsu mendiang tinggal dengan pasangan itu serta didakwa menjadi mangsa keganasan dan seksual bapa tiri mereka.

Mayat Maria Montserrat belum dapat dikebumikan berikutan siasatan lanjut pihak berkuasa, termasuk perlu menjalani ujian DNA.

Kes disiasat di bawah Pejabat Pendakwaan Puebla.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gold_teeth 8-7-2023 07:31 PM
Muka normal je mamat ni adoilaa.. ke pic lama
Quote B40tastePosh 9-7-2023 02:38 AM
Handsome.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.086094 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top