CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah, Kenderaan Penjawat Awam Rosak Ditembak

8-7-2023 06:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 455| Komen: 1

Kota Bharu: Kediaman dan kenderaan seorang penjawat awam di Kampung Guntong, Kok Lanas di sini, mengalami kerosakan selepas ditembak individu tidak dikenali.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu 11.59 malam tadi yang berlaku di sebuah rumah banglo setingkat yang dihuni mangsa yang berusia 30-an dan keluarga.



Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan di tempat kejadian menemui beberapa kesan tembakan pada rumah dan kenderaan milik penghuni kediaman itu.

"Siasatan lanjut sedang dibuat termasuk mengesan suspek serta motif tembakan.

"Kami memandang serius kes ini dan orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohd Rosdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.


"Bagi yang ingin menyalurkan maklumat, boleh menghubungi Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Ismail di talian 019-2454224 atau 09-7752200 malah boleh tampil di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 8-7-2023 06:49 PM
Hmmm..penjawat awam jabatan mana tu?
Hmmm....sempadan dgn siam nih..hmmmm
Exciting story

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.037878 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top