Tular video memaparkan pergaduhan membabitkan dua orang pengguna jalan raya di sebuah stesen minyak yang dipercayai terletak di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun, Kedah. Menerusi klip berdurasi 31 saat itu, seorang lelaki dilihat berang dan memegang senjata dipercayai pedang samurai.
Difahamkan, pergaduhan itu tercetus selepas salah seorang daripada mereka membunyikan hon kereta bagi menegur lelaki terbabit yang dipercayai menggunakan telefon bimbit ketika memandu. "Sebab hon dia guna phone masa keluar simpang, dia kejar sampai Petron dan keluarkan Samurai," menurut tulisan yang dikongsikan dalam video tular sejak Sabtu itu. Lelaki yang memegang senjata itu dilihat turut membuat ancaman dan meminta pemanddu yang membunyikan hon kepadanya untuk membuat permohonan maaf. Bagaimanapun, individu terbabit didengar cuba mempertahankan tindakannya yang menegur lelaki berkenaan.
"Bukan dia sahaja bawa budak-budak, kita pun ada anak," ujarnya. Butir perbalahan ditimbulkan antara kedua-dua individu tersebut bagaimanapun tidak kedengaran dengan agak jelas dalam video terbabit. Beberapa orang awam dilihat cuba menenangkan kedua-dua individu yang terbabit dalam perselisihan itu. Pada masa sama, individu dipercayai merakam kejadian tersebut juga didengar meminta pihak pekerja stesen minyak untuk menghubungi polis susulan kejadian tersebut. -CARI Sumber: Majoriti
|
sukacactus replied at 8-7-2023 05:29 PM
Ahhh pedang samurai ke
Samurai tu pahlawan yg pegang pedang tu
she replied at 8-7-2023 05:34 PM
Sepatutnya ayat
“Lelaki mengamok ala samurai sambil memegang sebilah Katana”
ADVERTISEMENT