CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naya! Pembeli Rumah Teres Di Jalan Kebun Menderita Bayar RM1,800 Sebulan Sejak 2020 Tapi Masih Tak Siap-Siap!

8-7-2023 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3203| Komen: 51

Beberapa pembeli unit rumah teres di Jalan Universiti, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor berasa tertipu, gara-gara pihak pemaju perumahan yang menjanjikan kediaman mereka sedia diduduki pada 2020, namun sehingga kini ia masih belum disiapkan.


Difahamkan sebanyak 48 unit rumah teres dua tingkat di kawasan berkenaan mula dibina antara tahun 2017 dan 2018.

Bagaimanapun, rumah-rumah berkenaan masih belum disiapkan, malah terdapat beberapa kediaman yang mulai mendap dan rosak.

Foto: Majoriti

Salah seorang pembelinya, Muhammad Azri Mad Shaffiee, 33, berkata, pihaknya telah menandatangani dokumen Perjanjian Jual Beli Rumah (S&P) dengan pemaju pada 2017.

Namun dia yang juga seorang penjawat awam itu berkata, pihak pemaju memaklumkan proses pembinaan rumah teres tersebut ditangguhkan pada 2020 disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan akan disambung selepas ia reda.


Bagaimanapun katanya, dia yang turun sendiri ke tapak pembinaan perumahan tersebut mendapati rumah tersebut masih belum siap dibina walaupun pihak pemaju memaklumkan kepadanya bahawa kediaman tersebut telah siap sebanyak 40 peratus.

"Setiap bulan sebanyak kira-kira RM1,800 dipotong daripada gaji bulanan sejak 2020 dan ia memberi kesan kepada komitmen keluarga sehingga saya terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung kos tersebut.

"Saya dah buat banyak aduan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebanyak dua kali setahun sejak 2020, tapi tiada respons yang diterima," katanya kepada Majoriti pada Jumaat.

Pembeli lain, Mohd Hafeez Yaakub, 42, pula mendakwa pihak pemaju masih menjual unit rumah kepada pembeli lain walaupun rumah tersebut tidak siap dibina.

Dia yang bekerja sebagai seorang guru di Shah Alam berkata, pembeli terbabit pernah menghubunginya tentang rumah tersebut, namun sudah terlambat tidak dapat menahan mereka daripada menandatangani dokumen S&P untuk membeli rumah berkenaan.

"Kebanyakan pembeli rumah (di sini) adalah penjawat awam yang memohon daripada LPPSA. tapi mereka (LPPSA) pun tidak pantau projek ini, main lepas sahaja.

"Bila kita buat aduan (kepada pihak berkuasa), mereka minta pelbagai dokumen dan bukti untuk mengesahkan tentang situasi projek yang boleh dikatakan sakit ini. Padahal kita di pihak yang teraniaya," katanya yang mempunyai enam orang anak. -CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 8-7-2023 02:46 PM
Pihaj berkuasa pun keje main²..elok la gomen tipu gomen
Tp kesian jgk la pada pembeli...1.8k tu nk byr bulan² tp hasil yelek
Quote Purplehaz 8-7-2023 04:00 PM
Sebab tu lah digalakkan beli property ready to occupy yg dh ada ccc. Mahal sikit jer tp selamat dari kena tipu atau projek terbengkalai.  
Quote Purplehaz 8-7-2023 04:02 PM

Bila la nk selaras kuatkuasakan undang2 pemaju jual rumah yg ada ccc shj...kalau masalah Dana etc...bank perlu ready bg bridging loan pd developer..kalau x siap developer lah yg kena tanggung loan tu pd bank. Takda lah kes purchaser tertipu atau teraniaya.  
Quote shernazz 8-7-2023 04:39 PM
Hamish.
Atas bukit.umah iols neh nak dibangunkan lagi 100.buah rumah Teresa dan 80 buahnrumah banglo...
Iols tak DPT bayangkan.la.jadi apa apa Nanti...
Quote anony-mous 8-7-2023 04:49 PM
shernazz replied at 8-7-2023 04:39 PM
Hamish.
Atas bukit.umah iols neh nak dibangunkan lagi 100.buah rumah Teresa dan 80 buahnrumah banglo ...

Dkt2 area yg dlm berita ni ke? Maksudnya yg ni dkt belag bawah bukit?

Best jgk jd developer tipu org. Nnti ckp je bankrupt, later buka company baru guna nama ank. Bank & kerajaan pon xberani dgn developer ni. Kesian sapa yg terbeli project mcm ni
Quote shernazz 8-7-2023 04:59 PM
anony-mous replied at 8-7-2023 04:49 PM
Dkt2 area yg dlm berita ni ke? Maksudnya yg ni dkt belag bawah bukit?

Best jgk jd developer tipu  ...

No lah..iols kat Puchong...

Biasalah uols...tengok talam corporation pung Sudah...mcmana dia bikin rumah..tinggal gituu je..pastu pass kat liquidator ...pemilik rumah Pula yang kena bayo hutang2 Si talam hanat utk dptkan geran kalau tak silap...
Quote Perwira2022 8-7-2023 06:07 PM
Padan muka la juga kakitangan kerajaan jadi mangsa rumah terbengkalai.... Dapatlah merasa hasil makan gaji buta kakitangan kerajaan di pelbagai agensi yang sepatutnya berfikir dan berusaha buat segala cara yg perlu untuk tangani isu rumah terbengkalai secara lebih baik. Benda ni dah berpuluh tahun kot... Takde peningkatan pun pada undang2 dan penguatkuasaan terhadap sektor pembinaan rumah. Takde inisiatif untuk me lindungan masyarakat daripada masalah rumah terbengkalai.

Biasalah kakitangan awam.... Hujung bulan cucuk gaji
Quote Thunderclouds 8-7-2023 06:40 PM
Hahahaha..
Penjawat awam buat taik sesama penjawat awam.
Xleh nk wat apa kn?
Kna hadap kan?
Rasakan.
Quote rykall 8-7-2023 06:58 PM
Beli dengan pemaju yang tak terkenal memang umpama sembelih diri sendiri. Pemaju ni memang terkenal dgn rumah tak siap2 dan kalau siap pun penuh defect sana-sini. Sementara belum digulung pemaju ni lebih baik kejar habis2, kalau dah digulung memang habislah.
Quote rykall 8-7-2023 07:01 PM
Perwira2022 replied at 8-7-2023 06:07 PM
Padan muka la juga kakitangan kerajaan jadi mangsa rumah terbengkalai.... Dapatlah merasa hasil maka ...

Kau nak padankan penjawat awam?. Tak kena dengan batang hidung sendiri bolehlah ko nak padankan. Kau ingat semua penjawat awam kerja mengular ke?. Ramai yang tekanan dgn macam2 KPI dan Sasaran Kerja sampai ada yang mati sakit jantung, ko boleh kata kerja mengular?. Jangan sampai Allah beri ujian kat ko pula, baharu nanti orang lain padankan muka kau.
Quote syamzana 8-7-2023 07:42 PM
ishhh kesian larr pembeli. rm1800 tu byk jugak tolak buta2 hape pun tarakkk. nak byr sewa rumah lain lagi. dah jadi mcm ni, pihak berkuasa takleh buat apa2 ke? dah report pun nanhado jahhh.
Quote airmineral 8-7-2023 09:14 PM
projek apa ni
nama pemaju nya?
umah x siap mmg da kena byr ek? bukan ikut progress ke?
1.8k banyak tu...
Quote Purplehaz 8-7-2023 11:29 PM
airmineral replied at 8-7-2023 09:14 PM
projek apa ni
nama pemaju nya?
umah x siap mmg da kena byr ek? bukan ikut progress ke?

Byr loan ikut stage progress yg tertera dlm SPA ... cth..2nd stage foundation (piling works) is 15%, bila dah siap stage ni..architect keluar cert..then developer akan claim kat cash purchaser atau bank peminjam sbyk 15% from loan amount ..then once claim released to dev. ,maka bank akan keluar satu surat amount yg purchaser kena byr 15% from the amount purchased/ total loan dan ini akan meningkat followed by stage progress project.
mcm kes ni rasenya progress 80% siap mean bank dah released 80% loan to dev tersebut. Maka pembeli sudah mula byr loan sejak sain SPA sehinggalah ikut stage completed.
Quote airmineral 9-7-2023 06:15 AM
Purplehaz replied at 8-7-2023 11:29 PM
Byr loan ikut stage progress yg tertera dlm SPA ... cth..2nd stage foundation (piling works) is 15 ...

owh..mcmni ok la
tp lama sgt stuck kt progress tu kira sakit teruk la projek ni
tp ni projek gomen ke swasta
mmg btul² naya org
Quote CiliPadiSedap 9-7-2023 07:21 AM
krustykrab replied at 8-7-2023 02:46 PM
Pihaj berkuasa pun keje main²..elok la gomen tipu gomen
Tp kesian jgk la pada pembeli...1.8k tu nk  ...

kat malaysia ni , u anak menteri baru ada action, cm kes jalan raya berlubang menteri dah jatuh baru jalan tu bertampal elok je. bila penjawat awam kena? baru mereka rasa cmne penjawat swasta
Quote CiliPadiSedap 9-7-2023 07:22 AM
rykall replied at 8-7-2023 07:01 PM
Kau nak padankan penjawat awam?. Tak kena dengan batang hidung sendiri bolehlah ko nak padankan. K ...

bagilah peluang penjawat swasta komen. dah pergi main jauh2
Quote Supersirap 9-7-2023 08:40 AM
jangan lah kita sesekali menganiaya orang
Quote lolipopmanish 9-7-2023 10:01 AM
Kesiannye 1.8k tuuuu
Siapa developer ni?? Kasi viral lahhhhh
Quote auntieagony 9-7-2023 10:08 AM
shernazz replied at 8-7-2023 04:59 PM
No lah..iols kat Puchong...

Biasalah uols...tengok talam corporation pung Sudah...mcmana dia biki ...

Talam Corporation dah lama bungkus. Tapi tak mati sbb bukak company baru.

Auntie ada beli pangsapuri mrk dulu2. Alhamdulillah siap. Dah jualkan pun.

Tapi finishing kureng dan penduduk di situ pun ada sifat2 parking awam jadi parking persendirian.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.085362 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top