Seorang gadis sanggup memperuntukkan hampir separuh daripada gajinya untuk diberikan kepada teman lelaki atas alasan takut ditinggalkan. Di media sosial ndividu tersebut memuat naik senarai komitmen bulanan yang dibelanjakannya, di mana dia memperuntukkan RM900 sebulan kepada teman lelaki.
"Gaji RM2,000... Bagi pakwe RM500, tak bagi takut kena tinggal. Bayar kereta RM500, bayar sewa rumah RM200, personal loan pakwe buat atas nama RM400, bagi emak RM50. "Nasib emak memahami anak dia susah. Selebihnya buat belanja makan. Belum time dating lagi belanja pakwe makan. Hidup sekarang semua keras," demikian tulis individu tersebut. Bagaimanapun, dia tidak memperincikan lebih lanjut mengenai perkongsian tersebut sama ada ia berdasarkan pengalaman sebenar ataupun sekadar 'content' semata-mata. Namun apa yang pasti, perkongsian video tersebut mengundang perhatian warga maya khususnya kaum Hawa. Segelintir daripada netizen mengecam individu berkenaan kerana terlalu melebihkan kekasih sehingga sanggup mengenepikan keutamaan kepada ibu sendiri. "Seriuslah sanggup berhabis untuk pakwe? Mak yang bela kau dari kecil dibagi RM50 je... semoga diberi kesedaran. "Hilang pakwe tak apa, jangan hilang keredaan mak ayah. "Syurga di bawah tapak kaki pakwe kot," sindir netizen. Dalam pada itu, majoriti warga maya menasihatkan individu berkenaan agar mencari kekasih lain yang bukan 'kaki kikis'. "Saya dulu macam ni lah... sebab sayang. Syukur tersedar dan tak lagi menanggung biawak hidup. "Harap sis jumpa seseorang yang lebih baik. Jangan menyusahkan diri sebab takut ditinggalkan. "Sis, kumbang bukan seekor. Baik tinggal sekarang sebelum kahwin," demikian komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
green~tea replied at 9-7-2023 05:29 PM
Macam hasanah je.. takkan lah ada makhluk bengap sgt
Buritan replied at 9-7-2023 05:55 PM
Bewak bewak ni nak buat cmn ekk.. patut bunuh je kee.. sbb dah byk sgt membiak bewak kat Dunia nii.. ...
tumpanglalu74 replied at 9-7-2023 08:19 PM
Ade je colan2 hanakhikan dok merayu mintak aku bawak depe jalan2 cam dulu2. Dulu tu deme kecik2 b ...
Buritan replied at 9-7-2023 08:23 PM
Student hang kee.... Kalo student hokkay je la kot
tumpanglalu74 replied at 10-7-2023 07:45 AM
Aku bukan cekgu..
Buritan replied at 10-7-2023 08:11 AM
Abis tuu bebudak tu sape
ADVERTISEMENT