CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maqis Rampas Minuman Yogurt Tidak Patuh Syarat Permit Import

8-7-2023 01:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 820| Komen: 7

Bukit Kayu Hitam: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk minuman yogurt berperisa yang tidak mematuhi syarat permit import di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, di sini, Sabtu lalu.


Ketua Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam Mohd Sukor Shafie berkata, hasil pemeriksaan dilakukan pegawai Maqis di laluan kargo import mendapati sebanyak 18,632.4 liter minuman yogurt berperisa dianggarkan bernilai RM67,573 cuba dibawa masuk.

MINUMAN berperisa yogurt yang dirampas Maqis. FOTO Ihsan Maqis

"Pemeriksaan dilakukan mendapati minuman itu tidak mematuhi syarat import iaitu gagal mengemukakan Sijil Kesihatan Veterinar.

"Kegagalan mengemukakan maklumat itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 15(2) akta sama," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, Maqis terus komited menjaga biosekuriti makanan negara dan memastikan aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan dipatuhi.

"Pada masa sama, kita tidak leka dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dan makanan diimport dan dieksport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rukia2 8-7-2023 02:02 PM
Reveal r brand apa
Quote otai_g 8-7-2023 02:05 PM
Seperti biasa jenama x kan di reveal. Bg rakyat Mati dulu sbb x Tau terbeli jenama ntah apa2.
Quote shernazz 8-7-2023 04:49 PM
Kotak th MCM brand yobick je..
Ke lain?
Quote hareeeesah 8-7-2023 05:13 PM
shernazz: Kotak th MCM brand yobick je.. ...


Ha’ah mcm yobick.
Syarat permit import tu bukan la x halal ke apa kn? Ke mcm mana? Brand ni byk je kat supermarket all this while
Quote venom1 8-7-2023 11:23 PM
boleh je import tapi kena la ada kelulusan Sijil Kesihatan Veterinar.
Quote mamajawie 9-7-2023 12:19 AM
otai_g: Seperti biasa jenama x kan di  ...


Betul la tu..sama cam kes babi..bgi rakyat mkn smpai knyang bru ckap ada babi..
Quote felinecat 9-7-2023 12:33 AM
hareeeesah replied at 8-7-2023 05:13 PM
Ha’ah mcm yobick.
Syarat permit import tu bukan la x halal ke apa kn? Ke mcm mana? Brand ni byk  ...

Yobick ni minuman berperisa yoghurt je kan, bukan ade live culture kan. Yg ni botol die nampak mcm comei, nak beli haritu xjadi bila baca description xde pon bakteria baik

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.092204 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top