CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahu Lagi Nak Pilih Yang Mana, Pelajar 11A SPM Kematian Ibu Dapat Tawaran Ke UM Dan IPG

8-7-2023 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1232| Komen: 15

BACHOK – Pelajar cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Syahril Saidi, 18, sedang dalam proses pertimbangan untuk memilih pengajian di universiti tempatan atau Institusi Pendidikan Guru (IPG).


Pelajar cemerlang dari Kampung Kandis di sini, yang sebelum ini menjaga ibunya yang terlantar sakit berkata, keputusan akan dibuat dalam tempoh terdekat kerana kedua-dua tawaran itu adalah dalam jurusan agama.

Menurutnya, tawaran pertama ialah Asasi Pengajian Islam di Universiti Malaya dan tawaran kedua ialah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) jurusan Pendidikan Islam yang memerlukan pertimbangan terbaik demi kerjaya dan masa depan.


Foto: Kosmo

“Saya tidak dapat beri kata putus lagi. Apa pun perkara yang diperlukan bagi tujuan menyambung pengajian telah disiapkan.

“Saya perlu solat sunat istikharah terlebih dahulu untuk pilihan yang terbaik. Kedua-dua­nya memang tawaran yang diimpikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kandis, di sini semalam.


Muhammad Syahril berkata, UPU memberi tempoh sehingga dua minggu dengan tarikh akhir pengesahan menerima tawaran sehingga 16 Julai ini.

“Manakala temu duga bagi PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Mizan, Besut ialah pada 12 Julai. Saya akan putuskan pilihan selepas temu duga nanti, insya-Allah,” katanya.

Katanya, buat masa ini dia masih lagi berulang-alik ke Maahad Yaakubiah Nipah di sini, dengan memberi fokus terhadap pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Sekali pun mendapat dua tawaran yang bernilai saya tetap ke Maahad Yaakubiah. Paling tidak sebagai memenuhi ruang waktu dengan menimba ilmu pengetahuan,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 8-7-2023 02:03 PM
Yawn dek. Akak tak ada masa nak bersimpati dek. Kau jadi gigolo pun akak tak heran dek.
Quote noell 8-7-2023 04:43 PM
byk2 tahniah
Quote KucaiHijau 8-7-2023 04:47 PM
Semoga anak2 lelaki kite pun baik & pandai mcm die....bukan senang nak besarkan anak2 jd bdk baik skrg ni
Quote Moyangkucing 8-7-2023 04:52 PM
Semoga berjaya, nak....makcik is happy for you. Buatlah pilihan yg terbaik.
Quote OshinDaSolja 8-7-2023 11:05 PM
pilih IPG better...jadi cikgu ni mulia bnyk keberkatan klau ikhlas mengajar tak bnyk songeh... tp niat tu kena betul bkan sbb nk status gomen je sng nk beli honda la apa la..nnt dh berjaya jadi pendidik smpai juga pahala dekat arwah ibu..
Quote ipanimanz1 9-7-2023 01:58 AM
Jd cg la dik. Slain comfirm keja gomen, uols punya kos pembelajaran pun gomen tanggung. Xdak la berhutang mcm ptptn. 10tahun rugi nk mmbyornye. Budak ipg gomen lebih utamakn serap dlm pkhidmatan depa bbding budak pendidikan lpasan u yg open market.
Quote Lagubestbest 9-7-2023 02:46 AM
tgok muka sesuai jd cikgu. sbb tak nampak macam jenis nak pergi jauh pulun sampai jadi ceo ke ape pun.
Quote imanjannah 9-7-2023 03:32 AM
moga dpt membuat pilihan terbaik
Quote scorpionkiki 9-7-2023 06:31 AM
Edited by scorpionkiki at 9-7-2023 06:34 AM

Ipg tu belum dapat lagi. Nak kena lulus interview dulu dan ujian kecerdasan . Ujian kecerdasan tu teruk jugak dik kalau tak pernah buat. Yg Asasi UM tu tak perlu ptptn sbb dapat bantuan utk B40 dan M40. Tp tu la...kerja tak secured mcm ipg.

Anak i pun dpt Asasi Sains Hayat UM dan interview ipg...i cuba mengayat dia ambik IPG kalau dapat...tp mcm payah jer yg ipg tu sbb ujian bleep dia
Quote Tinot7 9-7-2023 06:40 AM
Moga2 membuat pilihan yg tepat..
Quote edayildiz 9-7-2023 07:16 AM
ipg kalau nk jd cg
Quote adizero11 9-7-2023 10:53 AM
IPG bukan kena g iv dulu ke?? Yekk IPG pn nk menunggang????
Quote rayna_raynes 9-7-2023 11:00 AM
Masuk UM kang rosak. Byk dugaan kat Kolumpo tu dikkk
Quote auntieagony 9-7-2023 11:01 AM
Tahniah.

Pilihlah yg mana bidang yg diminati. Kemudian teruskan berusaha dan semoga berjaya di setiap peringkat.

Kalau UM Sains Hayat - boleh lah teruskan utk jadi doktor dll
Jika Sains Fizikal - boleh sambung jadi engineer dll
Jika Asasi Pengajian Islam &/or Sains - pun boleh.

Kalau suka mengajar, jadilah cikgu.

Cikgu2 skrg byk komplain, cikgu bukan sekadar mengajar, ada tugas2an yg selain drp mengajar. Itu yg mereka kurang menyukai sbb mengambil masa yg byk dan kdg2 bekerja lebih drp 12 jam utk itu. Wallahuaklam

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.223441 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top