Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan tiada elemen rasuah ditemukan dalam siasatan dilakukan berkaitan penolakan dua wanita China ke negara ini sehingga menimbulkan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun lalu.
Sumber memberitahu siasatan awal mendapati tiada sebarang pembayaran wang dibuat terhadap mana-mana individu selepas mereka tidak dibenarkan oleh imigresen memasuki negara ini. Katanya, kekecohan berlaku berpunca akibat kekeliruan dan salah faham membabitkan dua pelancong itu dengan 'orang tengah' atau ejen yang dihubungi sebaik mereka dikenakan tindakan Notis Penolakan Masuk (NTL) memasuki Malaysia. "Mereka yang terkandas dihubungi ejen menggunakan aplikasi WeChat bagi membantu menyelesaikan masalah mereka. "Semakan di aplikasi Wechat, ada menyatakan amaun mengenai pembelian tiket pulang ke negara asal dan bayaran dikenakan oleh ejen.
"Masalah komunikasi antara kedua-dua pihak ini (dua wanita China dan ejen) menimbulkan salah faham kononnya berlaku rasuah di KLIA. Namun, siasatan lanjut masih diteruskan berhubung perkara ini," katanya. Sementara itu, difahamkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) boleh mengeluarkan notis NTL kepada mana-mana pelawat asing yang tidak memenuhi syarat kemasukan di negara ini. Selepas notis NTL dikeluarkan, pelawat berkenaan menjadi tanggungjawab kepada syarikat penerbangan yang mereka naiki untuk pulang semula ke negara asal masing-masing. Difahamkan, pelawat asing dikenakan tindakan NTL akan ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai kelengkapan tempat duduk di lapangan terbang sebelum penghantaran pulang ke negara asal. Disebabkan terlalu banyak syarikat penerbangan di KLIA, Jawatankuasa Pengendali Syarikat Penerbangan (AOC) mengambil inisiatif melantik sebuah syarikat swasta bagi menguruskan pelawat-pelawat NTL. Syarikat swasta itu akan bertanggungjawab menguruskan kebajikan pelawat NTL seperti menyediakan makan dan minum sementara menunggu penerbangan pulang ke negara asal tetapi tidak termasuk menguruskan tiket pulang. Atas inisiatif kakitangan syarikat menguruskan NTL, mereka akan menawarkan pembelian tiket pulang kepada pelawat asing itu namun ia sering disalah erti dan mereka beranggapan imigresen yang mahu menerima wang rasuah. Sebagai rekod, pelancong yang tiba ke negara ini diberikan NTL atas pelbagai sebab termasuk faktor ketulenan pasport, isu visa, rekod jenayah dan kebimbangan mengenai isu keselamatan. Sebelum ini, media melaporkan berlaku kekecohan di KLIA susulan penolakan kemasukan pelawat wanita dari China dikenali sebagai Wang Xu yang dilakukan mengikut prosedur serta selaras Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil. 09 Tahun 2017. Memetik laporan sebuah portal, ketika soal siasat, subjek tidak memenuhi syarat kemasukan pelancong kerana tidak memiliki tiket pulang serta gagal menyatakan dengan jelas tempat penginapannya sepanjang berada di Malaysia. Pada 5 Julai lalu, SPRM mengesahkan sudah mengambil keterangan 14 individu berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota imigresen di pintu masuk negara. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, individu yang diambil keterangan termasuk seorang menteri, lapan kakitangan imigresen serta wanita warga China bersama rakannya dari negara sama. Kekecohan di KLIA tular apabila seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan KLIA bagi melepaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen. Susulan itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui dirinya adalah menteri yang dikaitkan dengan kejadian itu dan mendakwa kehadirannya bagi membongkar kewujudan budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa kronik di pintu masuk negara. -CARI Sumber: Harian Metro
|
sambaldurian replied at 8-7-2023 05:46 PM
Some Cina sarawak ni / some sarawakian ada nk buat group nk pisah diri dr Malaysia. Ni ikut singapor ...
ADVERTISEMENT