Inspektor Sheila mendedahkan dia pernah mengambil mata pelajaran Tasawwur Islam pada zaman persekolahan bagi mempelajari agama berkenaan. Selain itu dia juga pernah bercinta dengan lelaki berbangsa Melayu,.
Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, memberitahu dia mendapat greb B subjek itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain pernah mempelajari serba sedikit tentang al-Quran dan sunah. Disebabkan itu juga, Sheila yang berbangsa India terbuka menerima lelaki daripada latar belakang berbeza sebagai kekasih hati. "Saya ada pengalaman bercinta dengan lelaki Melayu malah bapa saya juga pernah bercinta dengan wanita Melayu. Jadi dia terbuka soal tersebut. "Ketika tingkatan lima pun saya ambil mata pelajaran Tasawwur Islam untuk belajar tentang Islam malah saya dapat gred B dalam subjek itu. Saya juga tahu serba sedikit tentang al-Quran dan sunah," katanya kepada mStar.
Sheila berkongsi perkara itu pada pertemuannya dengan usahawan dan pelakon, Iqbal Zulkefli diaturkan mStar. Mereka digandinglan selepas Iqbal meluahkan hasrat untuk mengenali Sheila lebih rapat selepas dia menyifatkan wanita itu mempunyai ciri-ciri wanita idamannya. Bercakap soal lelaki pilihannya, Sheila tanpa berselindung mengakui dia meletakkan tanda aras tinggi dalam memilih pasangan hidup. Kata Sheila, sehingga kini dia masih belum bertemu seseorang yang menepati kriteria ditetapkan dan membuatnya gembira. "Saya ada high expectation terhadap lelaki... seseorang itu mesti berkerjaya, bercita-cita tinggi, hormat ibu bapa dan arif tentang agama. "Dalam kata lain kena lengkap ciri-ciri yang baik. Saya juga cuba untuk menjadi seorang wanita lebih baik dan bukan hanya mahu lelaki sempurna," jelasnya. Sementara itu mengulas tentang pertemuan bersama Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, Sheila tidak menyangka komen gurauan di media sosial akhirnya mereka dapat bertenang mata. Meskipun baru pertama kali bersua muka, Sheila berkata dia tidak kekok bersama Iqbal kerana usahawan itu seorang yang cepat mesra dan ramah. "Saya pun tak sangka dapat berjumpa Iqbal. Bila bertemu, saya melihat dia seorang yang kacak, ramah dan ada sedikit sifat kebudak-budakan. "Banyak lagi perkara yang saya mahu kenal tentang Iqbal. Mungkin kami boleh jadi rapat selepas ini," jelasnya. -CARI Sumber: mStar
|
slyfynx replied at 8-7-2023 05:00 PM
Best kat Malaysia ni.
adi bangang pun org famouskan, bukan cancelkan.
Pasnileh masuk berlakon drama. ...
kitaserupaaa replied at 8-7-2023 05:00 PM
Teringat zaman amik spm dulu, ramai member2 aku amik tasawwur utk cukupkan 10 subject. Masa tu targe ...
missyL replied at 8-7-2023 06:15 PM
Kann
Yg cmnie pn leh femes
Sama lah mira n View tu pn
chilly replied at 8-7-2023 02:13 PM
Ihihi couple shebal...shebang pon buleh.
ADVERTISEMENT