New Delhi: Selain mampu menanggung isteri, dua anak, abang dan ayahnya, seorang pengemis di India dikatakan terkaya di dunia apabila turut memiliki sebuah flat bernilai 12 juta rupee (RM678,323.29) dan dua kedai sewa.
Bharat Jain sering dilihat mengemis di jalanan di Mumbai dan menurut laporan Economic Times, dia pengemis terkaya berdasarkan 'pendapatan' dan aset dimiliki. Jain didakwa memiliki kekayaan hingga 75 juta rupee (lebih RM4.2 juta), selain menjana hasil mengemis bulanan antara 60,000 rupee (RM3,391.62) hingga 75,000 rupee (RM4,239.52). Tempat popular yang menjadi lokasi lelaki itu mengemis antaranya, stesen keretapi Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus (CSMT) atau Azad Maidan. Disebabkan kewangan yang tidak stabil, Bharat tidak dapat melanjutkan pelajaran secara formal dan memilih mengemis untuk menyara hidup. Dia dilaporkan sudah berkahwin dan memiliki dua anak lelaki serta menanggung adik dan bapanya.
Jain memiliki dua kedai di Thane yang disewakan pada harga 30,000 rupee (RM1,695.81) sebulan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT