CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Tua Terlampau Obses Dengan Barbie- Pakai Baju Macam Anak Patung, Tak Hirau Kena Kutuk Dan Sanggup Membujang Selamanya

8-7-2023 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2309| Komen: 15

Seorang nenek menghias seluruh kediamannya bertemakan warna merah jambu malah tidak segan bergaya seperti karakter Barbie kerana terlalu obses dengan anak patung oti.

Dena Daniels dari Fort Smith, Arkansas berkata, Barbie adalah anak patung kegemarannya semasa kecil dan mendedahkan dirinya pernah dibuli oleh kanak-kanak lain kerana 'terlalu tua'.


Pada usia 54 tahun, Dena berkata dia memilih untuk merealisasikan impiannya dan enggan mempedulikan pandangan orang lain.


Foto: Daily Mail

Malah wanita ini juga mendedahkan, dia lebih rela hidup bersendirian kerana mahu membahagiakan diri sendiri dengan apa yang dilakukannya.

"Saya pilih untuk tidak mempunyai suami. Dengan ini, saya bebas melakukan apa yang saya suka.

"Sebenarnya apabila saya berpindah ke rumah itu, saya sedang berpacaran dengan seseorang tetapi memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan dan tinggal bersamanya di rumah tersebut.


"Bukannya mereka (lelaki) tak boleh terima, tapi saya yang tidak mahu mereka di sini," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar/Dailymail

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Miss_LoveLeen 8-7-2023 02:06 PM
Overnya tajuk pun. Kata nenek tua, sekali baca baru 54. Meolss sangka dah 70 @ 80 tahun dia punya tua tu [em:12:]
Quote noor2 8-7-2023 02:11 PM
Baya acik JLO la kan......
Quote ninja boy 8-7-2023 03:06 PM
X gemuk sesuai pakai baju barbie macam kanak2 main baju kertas2 berangan2 barbie puteri raja
Quote uda 8-7-2023 04:22 PM
Muka pun tak nampak botox dan tak alter sana sini. Cantik lagi. Oklah, bolehlah jadi barbie
Quote jfq 8-7-2023 04:32 PM
Kenapa panggil nenek
Dia mana ada cucu
Anak pun xda
Kawin pun tak
Asal above 50 aje nak menenekkan org pompuan
Quote slyfynx 8-7-2023 05:02 PM
54, x kawin.
Tang mana neneknye?
Muda lg tu
Quote Suchi 8-7-2023 05:21 PM
Tak tua pun ramai je retis malaysia umur baya2 dia nih.
Badan dia pun masih comel lagi
Quote missyL 8-7-2023 06:18 PM
Lawa je die jadi barbie
So Biarla die
Ade yg lg hauk hehee
Quote syamzana 8-7-2023 06:34 PM
ok la tu jd barbie usia emas, janji mata tak sakit tgk
Quote liyamariska 8-7-2023 07:49 PM
Edited by liyamariska at 8-7-2023 07:50 PM

kalu dia gembira dgn pilihan dia, ai rasa teda masalah pun...
cuma harap ianya teda kena mengena dgn movie barbie yg ditayangkan skrg nih...   


Quote B40tastePosh 8-7-2023 11:50 PM
I dont want you to be here
Quote apalancut 9-7-2023 12:03 AM
[tiktok]7253423215458929921[/tiktok]

malaysia pon ada sorang. suka nak cakap ciut2 mcm teen. jeng


Quote mamajawie 9-7-2023 12:23 AM
Ken movie latest pun barbie tua gak
Quote imanjannah 9-7-2023 10:30 AM
comel je hihi
Quote Tinot7 9-7-2023 01:37 PM
Takde gambaq dari dekat ka? Dari jauh nampak muda..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.365720 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top