CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rindu Raisuddin Terubat, Sanggup Tempuh 7 Jam Jumpa Adik Wajah Seiras Siti Sarah

8-7-2023 11:32 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4580| Komen: 67

Sebelum ini, tular sepotong video yang memaparkan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang memiliki wajah persis penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah.

Terbaharu, bapa kepada arwah iaitu Raisuddin berkesempatan berjumpa dengan kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai adik Miza.



Menerusi perkongsian yang dimuat naik isteri Raisuddin yang dikenali sebagai Makder di laman Instagram, dia berkata mereka mengambil masa selama tujuh jam perjalanan menuju ke destinasi.

"Rezeki dapat berjumpa dengan adik Miza. Tujuh jam perjalanan sebab suami nak sangat jumpa," tulisnya.

Turut kelihatan bersama ialah anak sulung kepada arwah iaitu Uwais Alqarni.

Menerusi video tersebut, terpancar kegembiraan pada wajah Uwais meskipun kelihatan sedikit segan ketika bertemu adik Miza.


Dalam pada itu, Raisuddin berkata, kanak-kanak berkenaan turut memiliki bentuk gigi dan tangan yang sama dengan arwah anaknya.

Sementara itu, suami kepada arwah iaitu pelawak popular Shuib sempat meninggalkan komen dengan mengatakan wajah adik Miza persis Siti Sarah sewaktu kecil.

"Masya-Allah, comelnya lahai. Macam Siti Sarah masa kecil. Sampaikan salam saya pada adik Miza,"

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut berkongsi rasa teruja mereka serta tidak menafikan wajah adik Miza saling tidak tumpah dengan arwah.


Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak popular Shuib pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Shuib kemudian berkahwin dengan usahawan Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu dalam sebuah majlis yang diraikan di Putra Glass House, Putra Height.


Sumber: Oh Bulan!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fazzbulous 8-7-2023 11:34 AM
omggg...sudah2 la...arwah da meninggal..ckup2 la..tutup la acc arwah...
Quote Addrianna 8-7-2023 11:38 AM
Edited by Addrianna at 8-7-2023 11:41 AM

Dah2 lah tu makcik pakcik oii tunggang nama sarah demi sebuah viral.biar dia aman dialam sana .lepas tu kau bawa anak dia tu lagi membuatkan anak dia sedih.kau ada otak tak?seiras pun bukan itu ibu nya yang kau nak dia tengok sekali.cukuplah gambar dan video lama arwah pengubat rindu mereka.emosi kanak2 ni mana nak sama orang dewasa.akal letak kat mana lh mereka ni
Quote shida81 8-7-2023 11:39 AM
Rupe sama x de makne apa pun pada ak.. Yg pergi tiada ganti... Klu rindu pd yg x de.. G la sibuk2 kan diri.. Jgn la terperap je kt umah x buat apa
Quote ayukpingu 8-7-2023 11:47 AM
gigih betul mak tiri ni. kalau tak pasal arwah, pasal anak2 arwah. tumpang glemer dan content betul
Quote newyork 8-7-2023 12:15 PM
Maap mata kero mokcik tak nampak sama..teringat muka budak yg kata mcm lopa tu..apa cerita dia..
Quote miracle_forever 8-7-2023 12:42 PM
euwwwww  dah la apak arwah ada case dgn budak underage kan hari tu. lps arwah meninggal, terus senyap case tu
Quote Afie13 8-7-2023 12:46 PM
Addrianna replied at 8-7-2023 11:38 AM
Dah2 lah tu makcik pakcik oii tunggang nama sarah demi sebuah viral.biar dia aman dialam sana .lepas ...

I baru nak komen mcm ni tapi u dah komen dulu

Awal2 dulu rasa annoying dgn shuib je sbb asyik duk ratib n tunggang nama arwah tapi bila dah lama2 nampak sama je semua ayah n mak tiri arwah pun suka nama arwah selalu disebut n dapat perhatian netizen. Cukup2 la tu guna nama arwah utk populariti masing2 move on lah kesian anak2 arwah jadi mangsa content
Quote dudaberhias 8-7-2023 12:56 PM
tak habis2 dengan buat konten pasal orang mati

budak uwais tu pun kulu kilir di angkut demi konten...
kesian... tengok muka pun dah macam berserah kepada ilahi jah...

btw adik ni lawa sikit dari arwah bini shoeb..

Quote Madel 8-7-2023 12:56 PM
Makder dah boleh booking dulu dik Miza tu buat menantu utk Uwais.
Kalau dah tak boleh nak move on sgt.
Quote LembingDayanti 8-7-2023 01:03 PM
tak sudah2 menonggang org dah meninggal
Quote Suchi 8-7-2023 01:09 PM
Kadang2 uwais dah mcm anak makder plak. Rapat benor dorang.
Dia dah besor kot kurang skit la nak manja ngn mummy tu.

Muka budak pompuan tu ade iras anne ngasri. Time gambo berdua ngn mak der tu je ada iras skit ngn arwah.
Quote AbukRokok 8-7-2023 01:36 PM
penunggang org mati
Quote Cyempaka 8-7-2023 01:47 PM
Kesian arwah. Org sekeliling dia gunakan pemergian dia utk kepentingan sendiri je. Semua pun sama je gila glamer hadap like tp xde produk xde bakat xde apa2..
Quote Lily_Elizabeth_ 8-7-2023 01:52 PM
Overnya angat angat. Geli.
Quote Lily_Elizabeth_ 8-7-2023 01:54 PM
Macam.mana wartawan ni tulis berita???.
Mana lokasi dan tarikh?.
Baca empat kali, ingat I terskip. Mmg tak ada fakta lokasi dan tarikh. Teruknya penulisan.
Quote babynina30 8-7-2023 05:26 PM
Arwah mase hayat, mmg baik ke dgn makde ni ? Kerna sebaya kn. Born 84
Quote sukacactus 8-7-2023 05:41 PM
Laaa...sampai ank org pun korang gi kaco
Sicko la family ni
Quote Kampungpeoplesz 8-7-2023 05:58 PM
Ya ampunnnn udah2 la buat content pasal arwahhhhhh pls la move on la wehhhhh
Quote monsterwife 8-7-2023 06:06 PM
miracle_forever replied at 8-7-2023 12:42 PM
euwwwww  dah la apak arwah ada case dgn budak underage kan hari tu. lps arwah meninggal, terus senya ...

Baru nak komen. Hati2 ye

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.047836 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top