CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Robot AI Yakin Mereka Mampu Tadbir Dunia

8-7-2023 11:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 332| Komen: 2

Geneva: Panel robot menyerupai manusia mengambil alih pentas persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan memberi mesej yang mereka akhirnya boleh mentadbir dunia lebih baik daripada manusia.


Bagaimanapun, robot sosial itu, berkata mereka merasakan manusia perlu berhati-hati dalam penerimaan potensi kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat dan mereka mengakui masih tidak boleh memahami emosi manusia.

Beberapa robot manusia yang paling maju berada di sidang kemuncak 'AI for Good Global' PBB di Geneva, bersama kira-kira 3,000 pakar dalam bidang berkenaan.


Persidangan itu bertujuan untuk cuba memanfaatkan kuasa AI dan menyalurkannya untuk menyelesaikan beberapa masalah yang paling mendesak di dunia, seperti perubahan iklim, kelaparan dan penjagaan sosial.

Ditanya sama ada mereka mungkin menjadi pemimpin yang lebih baik berikutan sifat manusia yang boleh membuat kesilapan dan salah sangka, Sophia, yang dibangunkan Hanson Robotics, jelas mengenai perkara itu.


"Robot manusia berpotensi untuk memimpin dengan tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi daripada pemimpin manusia," katanya.

"Kami tidak berat sebelah atau mempunyai emosi yang sama, yang kadang kala boleh menyebabkan kekeliruan dalam membuat keputusan dan boleh memproses sejumlah besar data dengan cepat untuk membuat keputusan yang terbaik.

"Manusia dan AI yang bekerjasama boleh mewujudkan sinergi yang berkesan.

"AI boleh menyediakan data yang tidak berat sebelah, manakala manusia boleh menyediakan kecerdasan emosi dan kreativiti untuk membuat keputusan yang terbaik.

"Dengan bersama-sama, kita boleh mencapai perkara yang hebat," katanya. - AFP


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 8-7-2023 01:21 PM
Sementara itu..AI kita dah jadi robot dapig..[em:3:]
Quote msdummy.2018 3-8-2023 01:31 PM
Tunggulah..esok lusa t20 pun jd hamba abdi AI..Time tuh..ko salah uturn pun kena saman, tamapr anak lagi kena penjara..get ready jerlah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.287649 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top