CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Berikat Dengan Leher Digantung Batu Terapung Di Laut, Ada Kesan Terbelah Di Perut

8-7-2023 10:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 635| Komen: 6

Nibong Tebal: Orang awam menemui mayat dengan tangan dan kaki terikat serta leher digantung bongkah batu terapung di laut berhampiran Jeti Bagan Bukit Tambun, di sini semalam.

Penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis pada 11.45 pagi.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam berkata, siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh dengan keadaan mayat begitu tragis.


"Pemeriksaan ke atas mayat itu mendapati terdapat kesan terbelah di perut dan kita percaya bahawa mangsa telah dicederakan dengan senjata tajam.

"Kemudian pelaku pula bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa termasuk mengikat bahagian leher dengan tali bersama sebongkah batu sebelum mencampak mayat mangsa di muara sungai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, setakat ini identiti mangsa masih belum diketahui dan mayat sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.


"Ketika ditemui mangsa masih berpakaian baju T berkolar lengan pendek berwarna merah dan seluar 'boxer'.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kes atau kehilangan ahli keluarga boleh tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan (ASP) Mohd Hafiz Mohd Noor di talian 019-4650777 atau hotline IPD Seberang Perai Selatan 04-5858222," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 8-7-2023 10:41 AM
Kesan terbelah di perut tu berkemungkinan untuk tidak bagi mayat tu timbul tetapi belahan terlalu kecil sebab itu mayat tu masih boleh timbul walaupun telah di ikat dengan batu ataupun sememangnya dia mati disebabkan oleh tusukan di bahagian perut.
Quote grouper 8-7-2023 11:01 AM
Mesti x pernah tgk cite dexter x pun csi pembunuh ni...
Quote noor2 8-7-2023 11:02 AM
Malaysia darul mexico
Quote kkm123 26-7-2023 03:11 PM
mesti ada ramai lg myat dasar laut tu cume x terapung ja
Quote Skuau 26-7-2023 03:29 PM
kkm123 replied at 26-7-2023 03:11 PM
mesti ada ramai lg myat dasar laut tu cume x terapung ja

xnk mandi laut lg la pasni....
Quote Skuau 26-7-2023 03:31 PM
belah perut??? cari seulas nangka ke???

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.048863 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top