Awal tahun masyarakat digemparkan dengan kamera tersorok yang dipasang di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka. Kini kecoh pula dengan insiden juga dalam bilik persalinan, yang berlaku di sebuah butik pakaian terkemuka.
Bukan rakaman aksi pelanggan, sebaliknya pendedahan yang dibuat oleh seorang pekerja butik mengenai sikap segelintir pengunjung yang 'merembat' (mencuri) pakaian. Mereka menjadikan bilik persalinan sebagai modus operandi melakukan perbuatan terkutuk memandangkan ruangan itu tidak dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) demi menjaga privasi. Banyak kepingan tanda harga termasuk yang mempunya kod bar ditemui di celah-celah besi dan tempat penyangkut baju. Dipercayai tanda harga berserta kod bakar itu dicabut daripada pakaian yang dijual bagi mengelakkan bunyi penggera di pintu keluar butik.
"Cara baharu barang kena rembat (curi). Laju je pelanggan buat kerja dalam fitting room," menurut keterangan video. Setakat ini, video berdurasi 33 saat yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih dua juta tontonan. Rata-rata netizen bagaimanapun memaklumkan ia bukanlah taktik baharu untuk mencuri baju berjenama kerana ia sering berlaku di butik-butik pakaian terkemuka. Perkara tersebut diakui sendiri oleh beberapa individu termasuk yang mempunyai pengalaman bekerja di sebuah butik. "Itu bukan cara baharu. Itulah cara lama yang saya kerja promoter dulu. Banyak gila pencuri buat macam tu sampaikan barang kurang habis," katanya. Malah, terdapat persoalan yang ditujukan mengenai pekerja butik yang bertugas di bahagian bilik persalinan kerana sesetengah premis akan memeriksa jumlah pakaian yang dibawa masuk terlebih dahulu untuk dicuba pelanggan. "Mungkin mereka cakap item tu mereka nak (beli). Tapi sebenarnya tak sampai kaunter pun. Saya dulu kalau dah duduk kat fitting room memang kat situ je lah, apa jadi kat luar tak tahu," jelas seorang netizen. Pada masa sama, ramai yang bimbang kes kecurian akan berleluasa dengan pendedahan taktik yang berlaku di dalam bilik persalinan. "Lepas ni mesti tak boleh masuk fitting room cuba baju. "Letak CCTV dalam tu baru tahu," komen netizen. -CARI Sumber: MStar
|
ADVERTISEMENT