CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Haramkan Dulu Sebelum Tahu Cerita Sebenar!" Fizz Fairuz Bidas Balik Pu Syed Kutuk Cerita Mat Tudung Begins

7-7-2023 09:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2415| Komen: 29

Datuk Fizz Fairuz tampil memberi penjelas selepas pendakwah bebas, PU Syed menegur filem arahannya yang berjudul ‘Mat Tudung Begins’.

Isu itu timbul apabila watak yang ditonjolkan dalam filem itu adalah seorang lelaki namun berpakaian seperti wanita.


Tidak cepat melatah, Fizz memuat naik keratan sebuah artikel yang memaparkan pendakwah itu memberi teguran kepadanya dan membalas kenyataan tersebut.



Menerusi perkongsiannya di Instagram Stories (IGS), Fizz menzahirkan terima kasih atas teguran tersebut namun menyangkal kenyataan pendakwah itu.

“Terima kasih Syed… tapi kenyataan itu salah. Saya bukan hari-hari jadi wanita,” katanya.

Malah, Fizz juga memohon untuk tidak menjatuhkan hukum sebelum tahu cerita sebenar.


“Itu kan cerita. Jangan haramkan dulu sebelum tahu cerita sebenar. Okay,” tulisnya lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 7-7-2023 11:38 PM
Ade lg ke org nk tgk filem-filem bodo camni?
Quote Carcosa 8-7-2023 01:42 AM
Yg Part 1 pun cuma rempit2 yg ber IQ 60 je yg tgk, ni kan pulak Part 2?
Lahanat mana lah yg think it's a good idea utk buat Part 2 ni?
Quote Kancilkering 8-7-2023 06:35 AM
slot petang suria dia n kak rara kan…..next week

dia bli slot tu kut….
Quote CiliPadiSedap 8-7-2023 07:32 AM
slyfynx replied at 7-7-2023 11:38 PM
Ade lg ke org nk tgk filem-filem bodo camni?

orang tengah stress ekonomi tak mustahil ada yang cerdik tengok
Quote heythere123 8-7-2023 07:40 AM
iols team Pak Ustad sebab citer Mat Tudung tu memang takde nilai murni pon. Tak worth it la nak bazir masa
Quote Belibis 8-7-2023 01:30 PM
Masih terperangkap dalam zaman silam agaknya.macam filem azura..adik manja..ujung2 salahkan penonton tak sokong filem melayu.
Quote TomyamPuteh 8-7-2023 03:02 PM
Hensem arrr pizz ni. Tibeerrr.
Quote cicicumel 8-7-2023 03:04 PM
Dh mcm muka bini dia je bila bertudung
Quote graxier06 8-7-2023 03:18 PM
tertgk trailer dia time nk tgk Buya Hamka ari tu mmg i ngutuk abis2 je citer ni. ntah apa2 nk sekuel / prekuel. yg no 1 tu pn mcm bodo siap mesej sex terangan2 n ada unsur lgbt gak tu. nsb la 1st tu mmg xpenah nk tgk smpi abis tertgk pm time pegi umah org.
Quote graxier06 8-7-2023 03:18 PM
tertgk trailer dia time nk tgk Buya Hamka ari tu mmg i ngutuk abis2 je citer ni. ntah apa2 nk sekuel / prekuel. yg no 1 tu pn mcm bodo siap mesej sex terangan2 n ada unsur lgbt gak tu. nsb la 1st tu mmg xpenah nk tgk smpi abis tertgk pm time pegi umah org.
Quote dudaberhias 8-7-2023 03:19 PM
ya ampunnn filem apa ni?

adakah sekadar untuk perabihkan geran finas jah...

rakyat malaysia pun dah tak layan filem2 macam ni nyah...

tengok poster pun dah macam gampunk... dah la tak herlokkkkk...

baik tengok filem2 pasal binatang jah lagi berair nengokkk..

Quote de_ikea 9-7-2023 07:06 AM
Pizz bertudung nampak lebih siap dari tin almy
Quote red_velvet 9-7-2023 08:03 AM
Edited by red_velvet at 9-7-2023 08:05 AM

Cerita lawak ke ni.. mat tudung 1 pun tak selera nak tengok .. ni keluar pulak  mat tudung begins... Orang bijak tak tengok verita2 sampah camni.. so jadilah orang yg bijak

Btw piz peroz, hang takde bakat buat lawak pun apatah lagi nak mengarah cerita lawak... Yg sanggup gelak berdekah sampai bergegar2 badan n nenen bila ko bukak mulut  tu cuma wife ko je... Orang lain kalau dengar lawak ko dia jadi krik krik ok.. krik krik...

Quote KucingBiru 9-7-2023 08:10 AM
Diam je la, dah memang berpakaian menyerupai wanita tu salah, tak kira la pakai sekali ke pakai hari hari ke. Benda paling sedih, buat benda haram untuk rezeki.. tapi benda tu tak datang hasil pun. Dosa dapat, hasil tak dapat
Quote beatgirlX 9-7-2023 08:24 AM
Bkn x nak sokong citer tempatan... Aku ada je tgk.. Mcm polis evo, paskal, air force, skg tak sabar nak tgk Bakara ke apa tah.. Citer2 mcm ni rasa berbaloi tunggu kat tv kot
Quote Supersirap 9-7-2023 08:35 AM
Apa punya cerita ni?
Quote hyie 9-7-2023 09:09 AM
tajuk filem pon dah bau pprtnya kuat gitu noks tapi fahamla kan diorang punya target audience yang macam mana. Sama macam filem2 anak tok selam tu lah. Tiber teringat kat Razak Mohaideen + Rozmey choi sangat
Quote Kangkung1M 9-7-2023 11:30 AM
CiliPadiSedap replied at 7-7-2023 07:32 PM
orang tengah stress ekonomi tak mustahil ada yang cerdik tengok

Haha komen sarkastik Kaka Cili tak pernah mengecewakan.

Tengok video pendek berdurasi beberapa saat berjuta kali lebih menghiburkan daripada tengok filem lelaki bertudung ni.

[ig]https://www.instagram.com/tv/CuKLW2sActl/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote dua_chzy 9-7-2023 11:34 AM
Biarlah.

Kalau Amerika hada White Chicks,

kita hada Mat Tudung.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.099186 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top