CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Cari Dua Gadis Cabul Remaja Lelaki 15 Tahun

7-7-2023 09:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 937| Komen: 7

London: Seorang remaja lelaki dilaporkan dibiarkan berbogel dan tidak sedarkan diri di dalam belukar selepas diserang dan dicabul oleh dua gadis, kata polis Sussex seperti laporan portal berita Daily Express semalam.


Remaja berusia 15 tahun itu kini diberi sokongan oleh pakar perubatan dan polis hanya membuat rayuan untuk mendapatkan saksi kejadian kelmarin walaupun insiden berlaku pada 4 Jun lalu.

Remaja itu ditelanjangkan dan diserang oleh dua gadis selepas berjalan di Cants Lane, Burgess Hill pada bulan lalu. - Foto Google

Polis berkata, seorang suspek tersebut memiliki rambut berwarna merah dan tinggi 192 sentimeter, manakala gadis kedua memiliki ketinggian 179 sentimeter dan berambut perang panja

Kedua-dua mereka dipercayai berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Dalam serangan di Burgess Hill, Sussex, remaja itu mendapati dirinya dalam keadaan tanpa pakaian dan mengalami cedera di kepala serta badan apabila dia sedarkan diri, kata polis.


Jurucakap polis Sussex berkata: “Polis merayu saksi tampil selepas seorang remaja lelaki melaporkan diserang secara seksual oleh dua gadis di Burgess Hill. Remaja berusia 15 tahun itu mengadu dia bersiar-siar sebelum melalui sebuah kawasan belukar.

“Dia telah diserang oleh dua gadis dan bangun selepas pakaiannya ditanggalkan dengan kecederaan di kepala dan badan. Kejadian telah dilaporkan kepada polis,” demikian menurut kenyataan pihak berkuasa. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 8-7-2023 12:59 AM
Tingginye betine yang 192cm tu..
Quote slyfynx 8-7-2023 03:25 AM
panja tu ape?
Mcm mana dpt tinggi yang specific tu eh?
Quote sukacactus 8-7-2023 05:55 AM
Semoga dapat pembelaan la
Quote shamsadis 8-7-2023 10:24 AM
Ini transgender lah yang buat kesalahan tu
Quote AbukRokok 8-7-2023 01:41 PM
lelaki utk disayangi
bukan utk dicabuli
kalau dah xsuka hantar dia balik rumah mak bapak dia dgn sempurna
Quote brego 8-7-2023 02:30 PM
movie knock knock

boleh tgk keanu reeves kena cabul

[youtube]BHV0lsAqiS8[/youtube]
Quote Firenzza 8-7-2023 03:49 PM
Setakat mana la kederat budak pkmpuan tuh.....yg jantan tu apesal lembik sgt sampai kena bugil x melawan? Ke sejenis gayah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.112258 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top