CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Berapa Kali Nak Kena Muntah Untuk Buang?' - Wanita Jumpa Tulang Bergigi Dalam Somtam

7-7-2023 07:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 572| Komen: 2

Tular hantaran seorang wanita di Thailand yang meminta pandangan netizen selepas menemui tulang bergigi dalam hidangan somtam dibelinya.

Menurut Thaiger, hantaran pada Rabu lalu memaparkan gambar tulang mencurigakan yang ditemui di dalam somtamnya.



FB

“Pengakhiran ikan pekasam kegemaran saya. Berapa kali saya perlu muntah untuk membuang somtam ini dari dalam perut saya? Saya tidak tahu apa ini,” tulisnya.

Gambar itu memaparkan tulang yang masih mempunyai beberapa gigi, tetapi wanita itu tidak mengetahui jenis haiwan apa yang memilikinya.

Wanita itu mendedahkan kepada akhbar ThaiRath bahawa dia membeli somtam ikan yang ditapai dari kedai kegemarannya.

Setelah menemui tulang itu, dia terus membuang makanannya ke dalam tong sampah tanpa memikirkannya.

Namun, dia tidak dapat melupakan bahawa tulang itu kelihatan pelik. Dia kemudian mengambilnya kembali dan mencucinya sebelum melihat gigi itu. 



Loading FB Post...

Orang ramai di media sosial berpendapat bahawa gigi itu kepunyaan ikan bawal yang popular di Thailand. 

Seorang doktor malah menasihati wanita itu untuk tidak takut kerana ikan bawal itu sedap dimakan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BumpIQ 7-7-2023 07:54 PM
MACAM TULANG YANG DI JOLOK2 OLEH SI @Bipolajourney SEBELAH REBAN AYAM LELAKI TUA TERENGGANU UMUR 40 YANG DIA TAK BOLEH LUPAKAN TU

DIA YANG KATA BUKAN AKU YANG KATA

WAKAKAKAKAKAKA
Quote Belibis 7-7-2023 08:33 PM
Siyes aaa ikan bawal ada gigi macam tu?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.462555 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top