Tular perkongsian pengguna Twitter, @deen.md mengenai dua rakaman kamera litar tertutup, CCTV sebuah rumah yang menyeramkan ketika ketiadaan pemiliknya. Dalam rakaman di rumah seorang penduduk di kawasan perumahannya itu, kelihatan pergerakan sebuah anak patung serta penampakan bayang Lembaga hitam di dapur.
Difahamkan rakaman itu diambil ketika tuan rumah sekeluarga bercuti ke kampung sempena sambutan Raya Haji, baru-baru ini. “Group whatsapp taman rumah aku tengah kecoh sekarang ni ada orang share video cctv masa dia balik kampung raya haji haritu. “Korang cuba tengok bapak scary anak patung tu. Sebab tu lah aku tak suka dengan anak patung ni,” ciapnya.
Menerusi ciapan itu dia memuat naik video menunjukkan sebuah anak patung di dalam almari tiba-tiba berpusing dengan sendirinya. Sebuah lagi rakaman yang dipercayai di rumah yang sama menunjukkan penampakan bayangan lembaga hitam di cermin kabinet dapur rumahnya. “Oh shitt! Korang cuba perhati dekat cermin kabinet tu. Seriau aku terus tak trauma nak ambil air dekat dapur malam-malam,” ciapnya. Ciapannya itu mendapat pelbagai reaksi pengguna laman sosial berkenaan. Sumber: Gempak |
onnabila replied at 25-7-2023 02:51 PM
Kejadian yang sama terjadi kat kawan aku juga. Dia ni saja saja aja pasang CCTV kat ruang tamu rumah ...
nono86 replied at 30-8-2023 11:35 AM
Seriously, brp kali aku tgk tapi still tak nampak patung tu bergerak
Clan204 replied at 30-8-2023 12:10 PM
nak tanya la org melayu ni kan ada mcm2 jenis ilmu kan... takde ka ilmu2 utk kaya... mcm susuk kan a ...
ADVERTISEMENT