CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Untung Jadi Isteri Boss Kay, Tash Yong Disuruh Cuti Dari Memasak Selama Setahun

7-7-2023 07:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2832| Komen: 31

Tash Yong mengakui kehidupannya lebih sempurna selepas tiga bulan bergelar isteri kepada personaliti media sosial dikenali Boss Kay atau Azlee Abdul Aziz.

Pelakon dengan nama sebenarnya Nur Natasha Shazila Rosli, 33, berkata dia bahagia melalui fasa perkahwinan itu serta bersyukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan romantik.



IG

Malah, sepanjang tiga bulan berkahwin, dia tidak pernah masuk ke dapur bagi menyediakan makanan kerana semuanya telah disediakan suaminya.

"Alhamdulillah, selepas berkahwin kehidupan saya lebih tenang, bahagia dan saya rasa seperti satu dunia baru.

"Suami sangat memahami kerjaya saya. Daripada segi makan, dia yang sediakan. Itu yang dia suruh saya cuti masak selama setahun.

"Ingatkan dia bergurau, tetapi memang betul sampai sekarang saya bangun sahaja daripada tidur, memang makanan sudah tersedia," katanya kepada mStar.


Bukan itu, Tash Yong juga mendedahkan Boss Kay seorang yang penyayang dan tidak sanggup melihat dirinya sakit.

Ini terbukti apabila suami sentiasa berada di sisi menjaganya semasa dia tidak sihat baru-baru ini.



"Sebelum ini kami ke Phuket, kaki saya terseliuh. Dialah yang menjaga saya, cari ubat, balutkan kaki.

"Kalau saya kena gastrik pun, dia berlari cari ubat... Saya rasa dia dah macam jururawat pula," ujarnya.

Meskipun menerima pelbagai kecaman kononnya menjadi punca keretakan rumah tangga Boss Kay dan bekas isteri sebelum ini, Tash Yong berkata dia tidak ambil peduli mengenai perkara itu.

Ini kerana dia benar-benar yakin Boss Kay merupakan jodoh terbaik buatnya selepas dia melakukan solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah adakah betul keputusannya untuk berkahwin dengan pemuda itu.

"Pada awalnya, saya tidak meletakkan harapan kerana saya tahu dia sudah beristeri. Saya hanya salah seorang pelajar dalam kelas pemasarannya tapi Allah beri satu perkara yang lain.

"Sebelum itu pun saya sudah buat keputusan untuk membencinya kerana dia suami orang. Perkara ini melibatkan perasaan jadi saya segera buat solat istikharah," jelas Tash Yong menceritakan hatinya terbuka menerima Boss Kay selepas solat itu.



Bercakap mengenai perancangan cahaya mata, Tash Yong berkata dia dah suami berhasrat menimang anak pada tahun depan.

Kata Tash Yong, dia menginginkan sepasang cahaya mata.

"InsyaAllah kami merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun depan, cumanya tahun ini saya nak betul-betul fokus kerja.

"Kalau diberikan rezeki, cukuplah sekadar dua atau tiga orang anak sebab mendengarkan perkongsian daripada rakan-rakan, saya rasa takut pula nak rasa sakit bersalin," jawabnya sambil tertawa.

Perkongsian Tash Yong ini sekali gus menepis tuduhan kononnya suaminya lelaki yang tidak bertanggjawab.

Untuk info, Tash mendirikan rumah tangga dengan Boss Kay pada 8 April lalu.

Sebelum ini, Boss Kay pernah berkahwin dengan Nooraini dan Norsufia Johari, namun menceraikan kedua-duanya pada Mac 2023.

Hasil dua perkahwinan itu, Boss Kay dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 7-7-2023 07:33 PM
untung la dapat yg masih bergetah
Quote syidasaleh 7-7-2023 08:10 PM
Kentut tengah wangi lagi oiiii. Track record tu tak cantik pun.
Quote Marunggey 7-7-2023 10:43 PM
Jantan red flag!
Tunggu turn kau pulak tash Yong terpaling bahagia kununnya. Bluwekkk!!
Quote pocongkiutss 7-7-2023 10:44 PM
Ko tunggu lepas ko beranak..nasib ko akan sama mcm bini pertama & bini kedua pencaras tuh dh dpt cash
Quote kuzaime 7-7-2023 11:27 PM
Kau sabar jap sis, tunggu at least 10 tahun lg baru komen balik
Quote jihyomelly 7-7-2023 11:28 PM
sejarah mungkin berulanggggggg - sambil mendayu2 tomok new boyz dgn rambut belah tgh nyanyi
Quote winky1 7-7-2023 11:35 PM
hahaha tashi sedar kan semua sementara....baidewei....kerja yg nak fokus betul betul tu kerja apa? buat aik liok kat tiktokke
Quote whimsicalmusic 8-7-2023 03:39 AM
setahun tu kontrak je. sbb tu dia bg setahun, lepas tu die babai la ppuan ni mcm die buat kt bini2 dia
Quote rosevelvet 8-7-2023 06:52 AM
Lock benang ni. Tgu je beberapa tahun. Pastu tepek kt dahi pompuan ni
Quote 4cupcakes 8-7-2023 11:53 AM
Kisah benar ke ni..? Bangun siap terhidang.. heaven sungguh.. beras kita beli kita masak kita hidang..
Quote dudaberhias 8-7-2023 01:00 PM
jijik betul dengan gosip pasal jantan rambut rebonding rupa bapok tak siap pakai wig...
dah la muka macam lan solo yang bakal kalah kena saman....

lagi bertambah benci lah... yihhhh...

Quote mh17 8-7-2023 01:04 PM
kahkahkah.aku da 12thun ank pun da 5,ta pnh msk..kte tgu dan lihat jelah,ta sabar sisku
Quote lattehazelnut 8-7-2023 01:44 PM
Kawin kat siam ke?
Quote shernazz 8-7-2023 01:49 PM
Tunggu Tash Yong ada anak 3...baru Tash Yong baru Tahu maknanya trash...
Skang kau berak pung dia sanggup cuci...
Quote star_anisse 10-7-2023 01:09 PM
nk muntah siap2
Quote minahmanja 10-7-2023 04:04 PM
euwww... bz keje apa... siapa nk amik kau berlakon lg ..
Quote mixed 10-7-2023 04:19 PM
RETIS SENDU NI HARI2 LIVE KT TT
LAIN2 BILIK AKU BACA KOMEN
DEPA SAJE GITU SB NAK TAGIH GIFT
SBTU X YAH MASAK SETAHUN HAHAHAH


Quote adra5028 10-7-2023 04:47 PM
masih baru..mmg la..kentut wangi lagi..
hahaha...
Quote adra5028 10-7-2023 04:48 PM
whimsicalmusic replied at 8-7-2023 03:39 AM
setahun tu kontrak je. sbb tu dia bg setahun, lepas tu die babai la ppuan ni mcm die buat kt bini2 d ...

kannn..beranak je..konfem si BK tu buat perangai

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.069787 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top