CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Lama Sakit, Isteri Eddie Wings Meninggal Dunia Ketika Dialisis

7-7-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2420| Komen: 19

"Saya pun sudah sedia dengan segala kemungkinan sebab isteri dah lama sakit."

Isteri pemain gitar kumpulan Wings, Eddie iaitu Norlela Mohd Yusof, 61, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.


Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira 2.10 petang Jumaat .


mStar

Berkongsi berita duka itu Eddie atau Samsaidi Ulong Idris, 55, memberitahu Allahyarham sudah dua minggu menerima rawatan di hospital itu akibat penyakit yang dialami.

"Isteri saya meninggal dunia ketika sedang melakukan rawatan dialisis. Sebelum ini dia pun dah dua minggu dirawat di hospital.

"Selain masalah buah pinggang dia juga terkena jangkitan kuman dan jantung menjadi lemah," katanya ketika dihubungi mStar.

Eddie memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Dalam nada sedih, Eddie memaklumkan dia akan tetap beraksi bersama kumpulan Wings sempena Konsert Nusafest yang dijadual pada Sabtu kerana telah berjanji untuk terlibat dalam acara berkenaan.


mStar

"Saya dah janji dengan kawan-kawan. Saya mungkin akan buat persembahan juga," ujarnya sambil kedengaran sebak.

Hasil perkongsian hidup Eddie dan isteri, mereka dikurniaan tiga orang cahaya mata termasuk Billa yang juga merukan seorang penyanyi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ilahaz 7-7-2023 07:17 PM
takziah abg eddie dan keluarga.. alfatihah
Quote makneng 7-7-2023 07:20 PM
Takziah utk heolls dan seluruh keluarga. Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya
Quote JunkMail 7-7-2023 07:27 PM
Dah bercucu dah Eddie..
Quote beatgirlX 7-7-2023 07:28 PM
Innalilahiwainnalillahirojiun
Salam takziah biat keluarga Eddie
Quote Carcosa 7-7-2023 08:17 PM
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiuuunn...

Sehatnya family members Eddie ni. Baik anak baik menantu. Confuse kejap, mana anak mana menantu, sbb semua baka sihat
Quote cap_ayam 7-7-2023 09:04 PM
Salam takziah..
Quote mizzmimi 7-7-2023 09:32 PM
Salam takziah..

Cop lelaki yang berdiri kiri tu telinga taruk ceper ke? Native sabahan ke ape..
Quote 3chanceno 7-7-2023 09:35 PM
Innallilah...takziah buat famili.
Quote stingerpressor 7-7-2023 09:36 PM
Inna lillah....Salam takziah buat keluarga ...semoga sabar dan redho akan kehilangan...
Quote nw111 7-7-2023 09:46 PM
Carcosa replied at 7-7-2023 08:17 PM
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiuuunn...

Sehatnya family members Eddie ni. Baik anak baik menantu. Co ...

Yg extra sihat anak2 dia rasanya...

Alfatihah kpd arwah..
Quote Ahriman 7-7-2023 09:50 PM
Yang "sihat2" boleh la kot ambik iktibar..
Jaga Makan,Kawal Gula dlam darah..
Quote makita 7-7-2023 10:25 PM
Eddie ni ada adik nama melor kan. Suara sedap cumakan muka x komersial je. Rasanya melor ni pernah buat album. We
Quote sukacactus 7-7-2023 10:55 PM
Salam takziah
Quote sukacactus 7-7-2023 10:56 PM
makita replied at 7-7-2023 10:25 PM
Eddie ni ada adik nama melor kan. Suara sedap cumakan muka x komersial je. Rasanya melor ni pernah b ...

Grup freshies dl ni
Suara dia sedap
Quote Carcosa 8-7-2023 01:32 AM
Ahriman replied at 7-7-2023 09:50 PM
Yang "sihat2" boleh la kot ambik iktibar..
Jaga Makan,Kawal Gula dlam darah..

Meols meluat betul dgn manusia2 gundu yg ckp "Ehh walaupun aku gemok, aku sihat okkkk"

Sihat kepala bana dia. Cuba pegi check la, blood pressure, cholesterol level, liver function, semua tu.
Kalau BMI pun nombor besar2 mcm Size baju dia, jgn nak acah2 sihat.
Quote msdummy.2018 8-7-2023 02:03 AM
Aku selalu tertukar eddie dan edri..haiyooo
Quote Sekaisilver 8-7-2023 02:07 AM
Semoga arwah ditempatkan dikalangan penghuni syurga
Quote Incanto 8-7-2023 09:39 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun

semoga rohnya di tempatkan bersama yg beriman

anak dia bella. yg masuk AF tu rupanya
Quote Kancilkering 8-7-2023 09:45 AM
takziah…Moga Allah ampunkan dosa arwah isteri eddie


mendiang wifey dia lgi tue dari dia

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.085735 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top