CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mizz Nina Bahagia Teroka 4 Negara, 6 Bandar Dalam 2 Minggu Bersama Suami

7-7-2023 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5140| Komen: 40

Semakin bahagia nampaknya Mizz Nina selepas mendirikan rumah tangga bersama penyanyi asal Amerika Syarikat (AS), Essam Muhammad.

Kebahagiaan pasangan itu jelas terpancar dalam video terbaru yang dikongsikan Mizz Nina ketika menjelajah ke beberapa negara.


Usahawan dan aktivis kemanusiaan itu turut meluahkan rasa syukur apabila dapat menziarahi masjid pada hari raya pertamanya dengan Essam sebagai suami isteri.

IG

“Alhamdulilah, saya rasa bersyukur dan bertuah kerana dapat menjelajah dunia bersama suami tercinta, kami jelajah ke 4 negara dan 6 bandar dalam masa 2 minggu, dan dalam video ini, adalah hari yang kami di Istanbul.

“Dia buat kejutan apabila membawa saya ke lokasi rahsia atas bumbung dengan pemandangan indah 360 bandar dan selat Bosphorus, dan di situ juga tempat dia merakam videonya ‘On the Road’.

“Kami menunggang basikal, teroka bandar dan menghabiskan beberapa waktu menziarahi masjid pada hari raya pertama kami bersama,” kongsinya teruja.




Dalam pada itu, bekas isteri kepada penyanyi, Noh Salleh itu turut berkongsi kemanisan melancong bersama pasangan kerana ia adalah satu perkara Sunnah.

“Tiada yang berlebihan dalam menjaga orang yang kita sayangi dan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, sedikit sebanyak juga akan membantu.

“Mengembara bersama orang tersayang dan melakukan aktiviti yang berbeza dengan mereka akan memupuk lebih banyak kasih sayang dan perhubungan.

“Tak bermakna perlu mengembara beribu batu jauhnya, kadangkala hanya perlu teroka bandar anda sendiri atau bandar berdekatan di negara kita.

“Melancong adalah Sunnah dan semakin banyak anda belajar tentang budaya lain di dunia, semakin anda memahami diri anda dan satu sama lain,” tulisnya lagi.



Jun lalu, Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, memaklumkan telah sah menjadi isteri kepada Essam dalam sebuah majlis dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat rapat pada suku kedua tahun ini.

Untuk info, Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos tahun lalu. Mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hypothetically 7-7-2023 06:56 PM
Alhamdullillah, di setiap kepedihan dan kesedihan, insyallah Allah akan gantikan dgn kemanisan dan kegembiraan yg lain, for every cloud there is a silver lining at the end. U deserve all the happiness Mizz Nina.
Quote kitaserupaaa 7-7-2023 08:11 PM
Rindu nya nak travel banyak negara dalam 1 trip macam ni
Quote KucingBiru 7-7-2023 08:18 PM
Happy for her. Makan hati si ex laki tengok ni.
Quote Carcosa 7-7-2023 08:25 PM
Noh Ludah gigit bucu bantal tanda jeles.
Quote makneng 7-7-2023 08:40 PM
Kang ex laki busuk royan lagi…dengan kawan busuk sekali royan
Quote winky1 7-7-2023 10:23 PM
Menjadi diri sendiri...
Quote love_warrior 7-7-2023 10:46 PM
Pakai rantai pulak hubby dia
Quote Goodluckdontcry 8-7-2023 01:55 AM
Sebenarnya den rs kurang sikit..tahu tgh bahagia...tp kuranglah expose benda mcm gini...sbb lama2 org akan rs menyampah kak..dulu nmpk kurang menayang( atau xde langsung?? Tah den xtau)..jadi kekalkanlah begitu..lbh baik simpan kebahagian itu sendiri..sbb takut membuka pintu fitnah yg akibatnya berat dik nak tanggung...apa pun..lantak ko la cik kak...den pun xde kene mengena dgn ko...huhuhu...babai...
Quote CurangLagi 8-7-2023 05:41 AM
Hihii.. Mcm sengaja saja ni.. Buat ex sakit hati ke tuuuu
Quote Lampuled 8-7-2023 05:47 AM
Baru nmpak sisi ceria MN. Masa dgn Noh dulu serious memanjang ingat mmg jenis tak reti nk gelak2..mcm sentiasa dlm mood berkabung dgn baju asyik hitam putih je. Skrg nmpak colorful sikit.
Quote supersudoku 8-7-2023 06:19 AM
Lampuled replied at 8-7-2023 05:47 AM
Baru nmpak sisi ceria MN. Masa dgn Noh dulu serious memanjang ingat mmg jenis tak reti nk gelak2..mc ...

Ya aku Pon rs camtu..br nmpk ceria..dulu mmg ceria tp xde la caption panjang2...
Quote jureencute 8-7-2023 07:25 AM
Sape yg jaga musa skrg ye
Quote dua_chzy 8-7-2023 07:26 AM
Lampuled replied at 7-7-2023 09:47 PM
Baru nmpak sisi ceria MN. Masa dgn Noh dulu serious memanjang ingat mmg jenis tak reti nk gelak2..mc ...

Takda maknanya. Zaman free hair gelak hepi2 ja Nina tu dengan Noh.
Quote Lampuled 8-7-2023 08:10 AM
dua_chzy replied at 8-7-2023 07:26 AM
Takda maknanya. Zaman free hair gelak hepi2 ja Nina tu dengan Noh.

Maksudi zaman selepas bertudung lah.. masa tu mcm plain je muka dia.
Quote bottompro 8-7-2023 09:08 AM
Bakalan noh 2.0 ke. Berantai2 tok laki. Jgn tak puas bersosial sudah la si asam ni
Quote I.K.A888990 8-7-2023 09:21 AM
baiklaaaaaahhhhhhhhh
semoga berbahagia
Quote jambatannetizen 8-7-2023 01:14 PM
Goodluckdontcry replied at 8-7-2023 01:55 AM
Sebenarnya den rs kurang sikit..tahu tgh bahagia...tp kuranglah expose benda mcm gini...sbb lama2 or ...

Aku mcm nak gelak alim2 macam ni suka post islamic, tapi nampak gelernye jugak.
Quote lattehazelnut 8-7-2023 01:26 PM
Goodluckdontcry replied at 8-7-2023 01:55 AM
Sebenarnya den rs kurang sikit..tahu tgh bahagia...tp kuranglah expose benda mcm gini...sbb lama2 or ...

1 post post masa nikah..
1 post masa honeymoon..
Ios rasa tu paling minimum dah tu..
bukan dia buat maksiat pun..
Drp org lain gamba pre wedding photoshoot sampai berpuluh2 n peluk2..
Quote newyork 8-7-2023 01:49 PM
jureencute replied at 8-7-2023 07:25 AM
Sape yg jaga musa skrg ye

Nampak dia bawak Musa jugak..sahih ada nanny ikut ni..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.043969 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top