CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuaca Panas Buat 'Facekinis' Laku Keras, Jadi Trend

7-7-2023 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 755| Komen: 2

Aksesori dan pakaian pelindung matahari laku keras apabila ia semakin menjadi trend dalam usaha melindungi diri di bawah cuaca panas mencecah 40 darjah Celsius di kebanyakan bandar di China.

Misalnya, topi yang mempunyai perlindungan ultraungu (UV) kepada penutup yang dikenali sebagai 'facekinis' yang menyembunyikan sebahagian besar muka laris selepas mendapat permintaan tinggi.


Seorang wanita memakai topeng pelindung di Beijing, China - Reuters

Kebanyakan aksesori itu digunakan wanita yang mencari perlindungan dari kepala hingga ke kaki.

Trend ini membawa kepada ledakan dalam jenama tempatan yang menumpukan pada produk perlindungan matahari seperti Bananain, Beneunder dan OhSunny.

Jenama lain yang lebih besar seperti Anta, Uniqlo, Lululemon dan Decathlon juga menambah topi dan jaket berwarna UV ke dalam pelbagai produk tempatan mereka.


Seorang peniaga, Hong, 34, berkata, pihaknya bersedia menawarkan pakaian bertopi dan berlengan kepada orang ramai yang mahu melindungi diri mereka daripada matahari.

Ramai pengguna wanita di Asia Timur menyukai kulit cerah dan produk perlindungan matahari juga popular di negara jiran seperti Korea Selatan.

Data daripada platform beli-belah Tmall Alibaba Group menunjukkan, semasa festival beli-belah 618 yang berlangsung Jun lalu, jualan pakaian pelindung matahari generasi baharu meningkat 180 peratus tahun demi tahun.

Ia apabila jumlah peralatan pelindung matahari yang dibeli setiap pengguna menjadi dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada tahun-tahun sebelumnya.


Reuters

Topeng pelindung matahari juga sangat popular, menurut Tmall.

Li Hongmei, 26, yang menetap di Beijing berkata, dia peminat produk baharu berkenaan serta gemar memakai jaket pelindung matahari apabila keluar rumah.

"Semasa Covid-19, saya jarang pakai alat solek kerana ke mana-mana saya memakai pelitup muka.

"Sekarang dah jadi malas nak bersolek jadi saya lebih suka memakai topeng pelindung matahari apabila keluar," katanya kepada Reuters.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 7-7-2023 06:09 PM
Pukeknis tersenyum sinis
Quote gekkou 7-7-2023 06:29 PM
tgu hajah terpaling keluarkan produk sama

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.080477 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top