CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Inspkeltor Sheila Bagi Lampu Hijau Kahwin Dengan Orang Melayu - 'Satu Bonus Kalau Dapat Buat Saya Jadi Manja'

7-7-2023 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1507| Komen: 26

'Inspektor Sheila' atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar mengakui terbuka menerima lamaran daripada mana-mana lelaki sementelah mendapat lampu hijau daripada bapanya, S Steven Kumar untuk berkahwin dengan jejaka Melayu atau pasangan berlainan bangsa dan agama.


Sheila, 35, bagaimanapun menegaskan individu berkenaan perlu menepati kriteria ditetapkannya.

Menurutnya, apa yang lebih penting, lelaki berkenaan boleh membahagiakannya dan sanggup menerima dirinya.


Harian Metro

"Bapa tidak mengongkong saya. Dia kata jika nak kahwin dengan orang Melayu, nak masuk agama Islam dipersilakan. Ini berkenaan soal hati, tak kisah hitam atau putih. Saya okay, saya terbuka kerana saya rakyat Malaysia.

"Cuma, saya belum menemui lelaki yang memenuhi kriteria sebagai suami," katanya ketika ditemu bual Harian Metro secara eksklusif di Studio News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di sini, kelmarin.


Sheila berkata, dia nekad mencari pasangan hidup secara terbuka apabila memuat naik 'iklan cari jodoh' di Facebook (FB), baru-baru ini kerana banyak pertanyaan daripada orang sekeliling susulan pendedahan statusnya yang masih bujang.

Menurutnya, dia juga tidak menyangka percubaannya mendapat perhatian sehingga menerima banyak komen dan kiriman mesej di platform berkenaan.

"Saya tak kisah rupa paras, tak terpikat tengok muka 'handsome' (kacak), tapi lagi suka lelaki muda. Satu bonus buat mereka (lelaki) jika boleh buat saya yang begini (tegas) jadi manja," katanya.

Katanya, dia membaca kesemua mesej diterima, namun belum membalas atau menerima pelawaan untuk temu janji daripada lelaki yang ingin berkenalan.

"Selepas tular cerita mengenai status saya masih bujang, keluarga ada tanya kenapa beritahu dan ramai juga bertanya mengenainya.

"Disebabkan 'pening' dengan pertanyaan itu, saya nekad muat naik satu hantaran bagi mencari pasangan dan perkongsian berkenaan meraih 1,000 tanda suka.

"Memang ramai lelaki nak berkenalan bukan setakat Melayu, Cina dan India tetapi juga Punjabi," katanya.

Menurut Sheila, kriteria lain ditetapkannya adalah lelaki berkenaan mesti bujang, tidak mengongkong, aktif bersukan dan paling utama menghormati wanita.

"Lelaki itu kena fit (cergas), tak nak orang gemuk kerana apabila sudah berkahwin nanti, saya akan tengok muka dia 24 jam.

"Dia juga kena pandai bertutur dalam bahasa Inggeris, suka melancong, utamakan keluarga dan agama selain ada standard (menepati piawaian) serta berfikiran kelas dunia.

"Sebenarnya, saya ada berkenalan dengan lelaki Melayu dan ramai yang sporting, malah saya terbuka saja. Cuma, saya belum jumpa lelaki yang sesuai, malah setakat ini tiada lagi yang lepas saringan," katanya pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik dari Universiti Malaya.

Berhubung dirinya yang semakin mendapat perhatian, Sheila tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah 180 darjah sejak kisahnya tular.

Anak sulung daripada lapan beradik itu berkata, antara perubahan ketara dapat dilihat adalah peningkatan jumlah pengikutnya di FB daripada 8,400 kepada 16,000 orang.

"Dua hari juga saya tak keluar rumah ketika 'kisah' saya mula tular di laman sosial. Jika ada sekalipun, saya pakai pelitup muka dan topi.

"Namun, kini persepsi negatif itu seakan berubah hingga ramai juga ajak berswafoto. Saya pun okay saja jika mereka ajak bergambar.

"Ada juga terima tawaran beberapa syarikat untuk sertai live (siaran langsung) dan saya ada merujuk dengan peguam. Dia (peguam) kata okay, asalkan tidak menyentuh mengenai kes (di mahkamah)," katanya yang menyimpan impian menjadi peguam.

Sheila sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan dua orang awam.

Dia didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Wanita itu turut didakwa menghina kesopanan seorang lelaki mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 7-7-2023 04:39 PM
Mak kau ijau!


[youtube]fw7dfz9i_Ug[/youtube]
Quote antikorok 7-7-2023 04:40 PM
Menunggu hencapan ummah forum.
Dah fefeling retis ku tengok dia dgn berita cari jodoh jah skrg ha gituuhh
Quote CiliPadiSedap 7-7-2023 04:47 PM
soalan pertama di tanya, awak pangkat apa?
Quote nolya 7-7-2023 04:48 PM
Edited by nolya at 7-7-2023 05:06 PM

Wow! dia MENCARI dgn syarat2 kriteria dn citarasa dia tapi dia mengenepikan pulak kriterian2 yg dia perlu ada bagi si PENCARI. Bersedialah wahai calon2 suami menjadi kerbau dicucuk hidung.
To the Malay men,
Apa guna berkain batik, kalau tidak dgn serinya
Usahlah berbinikan yg gagah yg cantik, tapi tiada budi bahasanya

Jgn tuan belok ke kiri, laluannnya mentok sudah berpalang
Jgn gadaikan marwah diri, jgn jadi imam yg malang



Quote Buritan 7-7-2023 04:49 PM
antikorok: Menunggu hencapan ummah forum. ...


Biarlaaa . Tp I like her... Tak tau nape aku suka dia.. kalo aku lelaki dah lama aku dm dia
Quote Binodino 7-7-2023 04:52 PM
"Lelaki itu kena fit (cergas), tak nak orang gemuk kerana apabila sudah berkahwin nanti, saya akan tengok muka dia 24 jam.

"Dia juga kena pandai bertutur dalam bahasa Inggeris, suka melancong, utamakan keluarga dan agama selain ada standard (menepati piawaian) serta berfikiran kelas dunia.


Berfikiran kelas dunia.

Iqbal auto tak layak
Quote AkokKocik 7-7-2023 05:02 PM
Panjang betul wishlist dia nk jodoh.
Quote Suchi 7-7-2023 05:11 PM
Oh anak sulong patut la ada gaya kakak kawasan.

Jagalah kelakuan shiela ko tu anak sulong, adik badik pun ramai.
Sayanglaa nk korbankan kerjaya gara2 pandang rendah kat org lain.

Btw indian kalau kristian biasanya ceroh kulit dan ada rupa kan.
Pastu pakaian pun moden je takde la asik nk bersari jaaa
Quote Buritan 7-7-2023 05:20 PM
Puihhh Iqbal tuu dgn sajat suai laa.. tak pun cik b.. tak pun alip shukri..
Quote felinecat 7-7-2023 05:24 PM
Suchi replied at 7-7-2023 05:11 PM
Oh anak sulong patut la ada gaya kakak kawasan.

Jagalah kelakuan shiela ko tu anak sulong, adik bad ...

Indian kalau Kristian dikira kata rendah bg org hindu.. Kalau xsilap la sbb kawan yg Indian Kristian nak kawen dgn lelaki Indian hindu, parents lelaki xbagi, nak tukar ke hindu pon parents lelaki x terima
Quote FOTHER-MUCKER 7-7-2023 05:26 PM
Jikalau saya mesti yang ada chop HALAL dan SIRIM.
Quote sharlenetexas 7-7-2023 05:26 PM
Bapak pulak mencapub.


Quote sharlenetexas 7-7-2023 05:27 PM
Tunggulah bila sheols mengaib kehormatan suami.


Quote exclusive_vvip 7-7-2023 05:30 PM
napa dia ni tetiba mcm hendak disucimurnikan pulak ni?..bg publisiti kemain lagi kat dia ni..
Quote otai_g 7-7-2023 05:35 PM
Laki tu mesti kena ada pengalaman makan masolodeh x?
Quote kalchi 7-7-2023 05:42 PM
Prmpuan mcmni ada dua type laki je bole dgn dia. Satu yg lg dominan dr dia dan bole tundukkan dia pumya degil. Atau kedua, laki penyabar. Yg kedua tu mcm susah sikit nk dpt.
Quote dani-rox 7-7-2023 05:57 PM
pengajaran drpd kes aci sheila gelenyar nak berlaki nih, perangai ko buruk pun bole jer jd pujaan netizen.
Quote AbukRokok 7-7-2023 07:04 PM
sheila pun nak repair genetik keturunan
untung amik iqbal kaya putih... gemuk boleh bersenam
Quote Claudia_Lestat 7-7-2023 07:27 PM
Abah dan mak sedara aku yg pesara polis kenal bapak sheila. Katanya bapak sheila ni bagus dan baik tp dedua x kenan perangai si sheila ni.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.114489 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top