CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Hamidun Menangis Minta Maaf Pada Ajai

7-7-2023 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2586| Komen: 17

Gagal menahan sebak, Hafiz Hamidun menitiskan air mata saat membuat permohonan maaf kepada Ajai berhubung satu insiden yang mengundang kemarahan komposer terkenal itu beberapa tahun lalu.

Berkongsi rasa yang terbungkam di jiwa, penyanyi dan juga pencipta lagu itu mengakui keengganannya menerima dan menyanyikan beberapa karya pemberian Ajai ternyata menimbulkan ketegangan antara mereka.


IG

“Tidak ramai yang tahu tentang cerita ini. Saya mahu membuat permohonan maaf kepada Ajai kerana pernah membuatnya marah.

“Beberapa tahun lalu, Ajai pernah memberi beberapa lagu kepada saya, tetapi saya menolaknya kerana ego,” kata Hafiz.

Ujar penyanyi berusia 38 tahun itu lagi, dia menolak karya yang diberikan Ajai kerana merasakan lagu tersebut tidak kena dengan jiwanya.

“Saya tolak lagu Ajai sebab tak kena dengan jiwa saya. Itu sahaja. Ajai beri beberapa buah lagu, tapi saya diam dan tidak buat apa-apa keputusan.


“Tidak sangka Ajai menunggu jawapan saya sebenarnya sebelum akhirnya saya menolak lagu tersebut.

“Kejadian itu membuatkan Ajai benar-benar marah kepada saya,” katanya.

Ujar Hafiz lagi, sebagai seorang komposer, dia juga mempunyai ego dan kemahuan sendiri sehingga tidak sedar akan ada hati yang bakal terluka.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan pelantun Jodoh Berdua itu rasa ‘terpukul’ apabila Ajai tidak pernah menyimpan dendam terhadapnya.

Buktinya, sewaktu Hafiz menyertai sebuah program realiti tahun lalu, Ajai merupakan salah seorang juri dalam program tersebut.

“Saya ingatkan mungkin akan tersingkir awal sebab jurinya adalah Ajai. Kalau saya tersingkir, fahamlah kenapa. Tetapi tidak.

“Setiap minggu Ajai puji saya, malah kata saya komposer yang hebat. Daripada situ saya belajar sesuai supaya perlu ada sikap rendah diri. Perkara yang terjadi itu memberi pengajaran kepada saya sehingga sekarang,” katanya sewaktu sidang media pelancaran single terbaharu, Kembali Pada-Mu di Restoran Fly Me To Kl, Regalia Residence semalam.

Bukan tidak pernah meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan, Hafiz bagaimanapun berasa belum puas dan berharap keegoan silam sekitar 2015 lalu itu memberikan satu pengajaran buat dirinya.

“Saya tahu Ajai terasa dengan saya. Walaupun saya telah meminta maaf kepadanya sebelum ini, tapi saya masih belum puas.

“Sekali lagi saya minta maaf. Pengajaran yang saya dapat, walaupun kita buat lagu untuk orang lain, tidak semestinya kita bagus,” luahnya.

Selain berstatus penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz juga terkenal sebagai penyanyi dan komposer lagu kerohanian yang terkenal. Antara karya yang ditulis Hafiz seperti Mikraj Cinta nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cinta terakhir (Aiman Sidek). 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 7-7-2023 04:20 PM
Knp
Pis Midun nagis2 ni
Quote prince_marhaen 7-7-2023 04:26 PM
Dasar ponen kekwat~~~~~
Quote RoseLuna 7-7-2023 04:37 PM
Tibehhhhh

Quote Perawankota 7-7-2023 06:51 PM
Bagus lah dh sedar diri
Quote mizzmimi 7-7-2023 07:06 PM
prince_marhaen replied at 7-7-2023 04:26 PM
Dasar ponen kekwat~~~~~

Ya amporn sabo je cercaan..
Quote prince_marhaen 7-7-2023 07:13 PM
mizzmimi replied at 7-7-2023 07:06 PM
Ya amporn sabo je cercaan..

ponen ni dengan beberapa ponen nasyid yang feeling-feeling superstar tu memang all the time kekwat ye, esp yang sama kumpulan dia yang hitam gemok tu ye.. jumpa dekat backstage beberapa kali bukan main berlagak lagi, crew2 show nak amik gambar (masa free ye, tgh borak2 kosong, tak ganggu time rest or ready for show pun), siap jeling & kata tak habis2 nak amik gambar.....lahhhhhhhh..untung la ada org minat kau yang group ponen ni..


Quote tora216 7-7-2023 07:13 PM
Kenapa isu beberapa tahun yg lalu baru dia nak up sekarang..
Lama nya ego dia ni..
Ajai punya lagu kadang2 sedap jua what..
Quote Hoola 7-7-2023 07:25 PM
wheres the bideo tetesan airmata
achik nk tgk
Quote Kampungpeoplesz 7-7-2023 07:36 PM
Susah nak jumpa sejenis ponen sedar diri tau. Pizmidun antara yg berakal la sanggup turun ego ponen dia pi mintak maap
Quote mizzmimi 7-7-2023 09:23 PM
prince_marhaen replied at 7-7-2023 07:13 PM
ponen ni dengan beberapa ponen nasyid yang feeling-feeling superstar tu memang all the time kekwat ...

Dah kekwat cengeng plak ek.. dasar ponen haha
Quote annadonna 7-7-2023 09:38 PM
Ajai peduli ke pun? Ajai tu bersusun org minta lagu. Ntah ntah lagu yg dia bagi kau tu pun yg sisa penyanyi lain tak nak.
Quote slyfynx 7-7-2023 11:40 PM
Pemende ni?
Nk gosip ape kah?
Quote sleepandream 8-7-2023 01:10 AM
so kalau pizmidun tersingkir awal die nak kata ajai balas dendam la sebab reject lagu heols?
Quote ashilalat 8-7-2023 07:17 AM
So kenapa bercerai dgn joy rempah? Tiberrr.....adakah?
Quote telracs 8-7-2023 07:23 AM
ashilalat replied at 7-7-2023 11:17 PM
So kenapa bercerai dgn joy rempah? Tiberrr.....adakah?

Joy kata apiz tak pernah 'sentuh' sepanjang perkahwinan... kan?
Quote mawardia 8-7-2023 09:35 AM
Nok, mamat tu da lupa nok. Sebab kau x penting!
Dasar ponen. Sndiri kekwat sndiri sentap sendiri acah insap!
Quote bulalof 20-7-2023 09:49 AM
lemah.......

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.190001 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top