Perkongsian Datuk Seri Aliff Syukri mengenai penginapannya semasa menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah, baru-baru ini. Usahawan kosmetik itu bagaimanapun mendedahkan dia pada mulanya enggan berkongsi bilik penginapannya di media sosial, namun ramai yang mahu mengetahui mengenainya, maka terhasillah ‘hotel tour’ berkenaan.
Katanya menerusi hantaran di Instagram, dia tidak mahu mendedahkan harga bilik hotelnya sepanjang mereka sekeluarga menunaikan haji di sana kerana tidak mahu dianggap riak. Perkongsian Aliff menuai pelbagai reaksi pengikut di ruangan komen, malah ramai menitipkan rasa syukur apabila melihat usahawan kosmetik ini menunaikan ibadah Haji dalam keadaan selesa atas usahanya yang sangat bekerja keras. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT