CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elon Musk Nak Berunding Dengan Anwar Minggu Depan

7-7-2023 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 996| Komen: 16

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan ekonomi negara bertambah kukuh dengan pengembangan pelaburan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.

Katanya, beliau akan bertemu dengan Musk minggu hadapan untuk membincangkan pelaburan tersebut.



FB

“Minggu hadapan, Elon Musk meminta untuk berunding dengan saya, untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia.

“Minggu lalu saya jumpa pelabur-pelabur Jepun yang mahu menambah dan mengembangkan pelaburan mereka, beberapa bulan yang lalu saya ke negara China, hasil pelaburan China ke Malaysia adalah paling tinggi dalam sejarah iaitu RM170 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, di sini hari ini.

Anwar memberitahu, bagi menguruskan pendekatan ekonomi negara tumpuan perlu diberikan untuk menarik pelaburan domestik dan asing.


“Ini penting, jika tiada pelaburan, pengangguran akan meningkat, ekonomi tidak akan berkembang, restoran, hotel dan lain juga akan terjejas,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 7-7-2023 05:15 PM
well .. kita tunggu dan lihat Anwar selfie dgn Elon
Quote tripleid 7-7-2023 06:16 PM
Edited by tripleid at 7-7-2023 06:17 PM

'Elon musk tu kapir..org kapir masuk melabur negara jadi tak berkat..'

-walaun
Quote green~tea 7-7-2023 06:18 PM
Mas elon... mas elon...
Quote kaseh80 7-7-2023 06:58 PM
Boleh purcaya ke cakap  malanun?
Quote Radzor 7-7-2023 07:11 PM
elon masuk parti apa
Quote rikiruj 7-7-2023 07:25 PM
Jangan kena game macam Pak Jokowi udah... kopiko dah bagi semua tapi dapat habok..
Quote honeybee1802 7-7-2023 07:30 PM
rikiruj replied at 7-7-2023 07:25 PM
Jangan kena game macam Pak Jokowi udah... kopiko dah bagi semua tapi dapat habok..

Lor...dop jadi gapo katanya nak buka kilang kt kalimantan tu?
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2023 07:31 PM
Bawak kereta EV yang mudah meletop bila kena air dekat negara  yang hari-hari musim hujan, banjir, tengkujuh, kepala air, kepala bana, memang bodoh bangang
Quote spankee_fili 7-7-2023 07:43 PM
Mungkin jadi assembly hub untuk EV, tak semestinya untuk pasaran tempatan
Kat China kan kereta tesla bersepah2 kat jalan
Kalau confirm masuk, alhamdulillah
Pmx kena la bagi incentive lebih sikit, waive corporate tax ke, takyah bayar tanah for a certain period ke.. memang short term income tak dapat tapi spillover effect for the long term tu negara akan rasa.. local supply chain, services, selain job creation kan..
Kamon pmx, yukenduit!
Quote Nurdianah 8-7-2023 12:32 AM
apa pun buat stesen cas kereta elektrik dulu...
Quote apalancut 8-7-2023 01:10 AM
“Minggu hadapan, Elon Musk meminta untuk berunding dengan saya, untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia.

terbaik BMX.. ayat mmg padu.. kalau dulu jemin terhegeh2 cari investor.. ni Mas Elon sendiri serah leher pada BMX

Quote apalancut 8-7-2023 10:47 AM
[youtube]yu54ZP3blFs[/youtube]

aku speku, Mas Elon sebenarnya nak tap market rantau asia tenggara nih. tanak bagi BYD dominate world market share memandangkan tahun 2022 BYD mendahului Tesla.


Quote mast3rshad0w 8-7-2023 11:09 AM
apalancut replied at 8-7-2023 01:10 AM
terbaik BMX.. ayat mmg padu.. kalau dulu jemin terhegeh2 cari investor.. ni Mas Elon sendiri serah  ...



haaha, mcm nak pitam tgk ayat ni, hahaha
Quote MissYouSayang 8-7-2023 11:18 AM
Paknon ni jenis ckp dulu baru nak buat keje...PM lain jenis buat keje dulu baru ckp kendian. iols ghase paknon ni kena cpt2 jupe Dr pakar la, makin 'sakit' da tu.
Quote lostnfaun 8-7-2023 11:19 AM
apalancut replied at 8-7-2023 01:10 AM
terbaik BMX.. ayat mmg padu.. kalau dulu jemin terhegeh2 cari investor.. ni Mas Elon sendiri serah  ...

Bab sembang mesti mau kencang. Hahaha

Dulu najib bawa masuk pelaburan China bukan main dikata China jajah Malaysia bagai. Sekarang dia dgn bangga ckp bawa masuk pelaburan China paling tinggi dalam sejarah. No wonder Tun tak minat nak bg dia jwtn PM.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.173161 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top