Mawar Rashid dapat bertentang mata dengan adik kandungnya yang dikenali sebagai Aireen selepas 23 tahun terpisah. Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, berkata, pertemuan itu juga membuatkan dia mula merasai perasaan bergelar seorang kakak.
"Aireen ada seorang lagi adik perempuan jadi saya ada dua orang adik kandung perempuan. Selama ini saya rasa saya anak bongsu," katanya menerusi hantaran di laman Instagram pada Jumaat. Tambah Mawar, Aireen merupakan adik sebapa tetapi berlainan ibu dan mereka tidak pernah bertemu sejak kecil. "Arwah bapa ada tiga isteri, ibu saya nombor dua. Saya tidak pernah bertemu adik-beradik dari isteri nombor tiga. Mungkin pernah jumpa tapi lupa sebab masa itu sangat kecil ketika saya umur lima tahun.
"Saya sangat suka ada adik angkat dan sentiasa mahukan adik perempuan. Alhamdulillah dapat betul-betul jumpa adik kandung. Dia sangat cantik, baik dan positif," ujarnya. Katanya, rindu terhadap arwah bapa sedikit sebanyak terubat apabila melihat wajah Aireen persis bapa mereka. Biarpun berlainan ibu, perasan sayang sangat menebal dalam jiwa Mawar bila berjumpa dengan Aireen. Seribu satu perasaan yang tak dapat digambarkan, katanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT