CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sufian Suhaimi Reda Tapi Tak Halalkan Rakan Industri Belum Bayar Hutang Lebih RM100,000

7-7-2023 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 534| Komen: 1

Rupa-rupanya, penyanyi Sufian Suhaimi juga pernah 'terkena' apabila hutangnya tidak dibayar.

Bukan orang lain, malah rakan dalam kalangan orang industri sendiri masih belum melunaskan hutang terkumpul dianggarkan lebih RM100,000 itu.



IG

Sufian, 31, bagaimanapun akur dengan kesilapan sendiri kerana terlalu percayakan rakan dan kini terpaksa menagih hutang daripada beberapa individu.

"Kadangkala saya tersilap memberi kepercayaan kepada orang lain. Berlaku penipuan yang melibatkan wang dan jumlahnya pula bukan sedikit.

"Kalau nak dikira, duit yang saya pernah pinjamkan kepada orang berjumlah lebih RM100,000 dan mereka yang meminjam itu pula dalam kalangan orang industri," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sufian memberitahu dia sudah cuba untuk menghubungi individu terbabit, namun masih belum berjaya menuntut kembali wang berkenaan.


"Saya dah hubungi mereka tapi masih belum dapat lagi sebarang bayaran... saya ni jenis cepat kasihan dan simpati dengan orang.=

"Terfikir mereka ada keluarga, jadi saya nak mendesak sangat pun rasa kasihan juga.

"Saya reda masih belum dapat wang itu tapi itu tak bermaksud kita menghalalkan sebab jumlahnya besar," ujarnya.


IG

Meskipun wang pinjaman itu belum dipulangkan, penyanyi lagu Di Matamu itu tetap bersyukur kerana dia masih lagi mampu meneruskan kehidupan dengan sumber kewangan yang ada.

Dia juga mendoakan agar individu berkenaan dimurahkan rezeki dan dapat menyelesaikan hutang tersebut.

"Apa-apa pun saya masih lagi bersyukur kerana saya tidaklah rugi sampai 'terduduk' seperti tak tahu nak makan apa, tak dapat bayar sewa rumah dan sebagainya.

"Alhamdulillah saya masih belum lagi diuji dengan kesukaran seperti tahap itu. Saya harap Allah tak uji saya dengan kesukaran seperti itu.

"Kalau fikir balik jumlah wang yang ada pada orang tu bukan sedikit, banyak juga. Saya harap dia (penghutang) sedar dan dia ingatlah," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sailormars 7-7-2023 03:57 PM
banyak betul duit artis, influenza,tik tokek dan seangkatan dgn nya...dia nie ratus ribu...dato telajak laris puluh juta....emmmm

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.026587 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top