CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bintang Argentina Dapat Kad Merah Buang Air Atas Padang

7-7-2023 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 230| Komen: 2

Pertembungan Argentino de Merlo dan Sacachipas dalam liga bawahan di Stadium Juan Carlos Breiva, Buenos Aires, Argentina baru-baru ini, mencuri tumpuan ramai apabila Leonel Ovejero membuang air kecil ketika aksi berlangsung.


Perbuatan itu menyebabkan kad merah dilayangkan kepada bintang Argentino terbabit.


NYP

Difahamkan, pemain berusia 21 tahun itu dibawa masuk sebagai pemain simpanan pada separuh masa kedua.

Namun, beberapa minit kemudian, Ovejero diarahkan untuk meninggalkan padang selepas pengadil mendapati dia melakukan aktiviti kurang sopan di tepi padang.

Apa yang menarik adalah ketika mana pengulas perlawanan tidak dapat mengenal pasti punca di sebalik keputusan itu dengan tiada penjelasan diberikan.

Ia menyebabkan perlawanan tertunda sehingga 11 minit dengan pihak kejurulatihan Argentino de Merlo mempersoalkan kesalahan dibuat pemain terbabit.


Bagaimanapun, tanda tanya itu dijawab pegawai keempat perlawanan yang mengatakan Ovejero membuang air kecil, namun ia tidak sempat dirakam.



Setakat ini, pihak pengurusan kelab tidak memberikan sebarang kenyataan atas insiden itu meskipun ia sudah menjadi bahan bualan hangat penyokong bola sepak seluruh dunia.

Ovejero sebelum ini tiba dengan status pinjaman di Argentino de Merlo dari kelab atasan di negara itu, Banfield dengan tempoh tersebut berlanjutan sehingga Disember.


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 7-7-2023 02:23 PM
jap, dia kencing semasa dia kat bangku pemain simpanan ke atau semasa sdg beraksi di padang?
Quote supernaturalee 7-7-2023 05:27 PM
igt leluhur je berperangai pelik dan jelik????

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.042311 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top