"Alhamdulillah, selepas 2 tahun, doa orang yang teraniaya akhirnya termakbul. Saya sangat bangga dengan anda menjadi seberani ini." Caprice dalam hantaran di Instagram memuji orang kanan Ebit Lew yang didakwa sudah mulai sedar dengan kebenaran dan berani tampil ke hadapan. Kata penyanyi rap berkenaan, Ajai Ahmad membuat beberapa hantaran ditujukan kepada pendakwah bebas terkenal itu.
Dia juga berpesan bahawa pengawal peribadi Ebit tidak akan berani untuk mengapa-apakan dirinya dan menyeru untuk bersemuka bagi merungkai segala yang terbuku. Sementara itu, Ajai yang memberikan respons kepada Caprice menerusi Insta Stories bagaimanapun berkata, biar dia dan pihak Ebit sendiri menyelesaikan isu berkenaan. "Urusan saya dan Ebit Lew biar kami adik beradik selesai sendiri. Thanks for your concern bro,” balasnya. Terdahulu sekitar 2021, Caprice lantang cuba membongkar siapa sebenanya Ebit Lew di sebalik pesonanya sebagai seorang pendakwah yang disayangi ramai. - CARI
|
ADVERTISEMENT