CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bengang Anak Dibuli Secara Mental, Diejek Kawan-Lawan Di Sekolah Hanya Kerana Tudung Tak Jadi

7-7-2023 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1075| Komen: 7

Seorang ibukecewa apabila ada segelintir rakan-rakan anak perempuannya yang mengejek hanya kerana tudung.

Di TikTok wanita tersebut memaparkan anak perempuannya sedang memakai tudung dan bersiap-siap untuk ke sekolah.




Ibu kepada kanak-kanak tersebut berkata anaknya mengambil masa yang lama untuk bersiap.

"Tudung saya tak jadi, kawan-kawan gelakkan saya. Saya malu kawan-kawan saya tengok saya macam ini."

Wanita tersebut kemudian tampil meluahkan rasa kesal anaknya seperti dibuli secara mental hanya gara-gara penampilan yang dikatakan tidak sempurna di mata rakan-rakan sekolahnya.

"Bagi saya ini ‘mentally bullied’ kerana pada saya tak ada masalah pun dengan tudung dia."


Dalam pada itu, dia menasihati orang ramai agar tidak mengejek fizikal seseorang kerana perkara tersebut akan menyinggung perasaan dan memberi kesan terhadap keyakinan diri mereka.

"Satu lagi yang saya perasaan, kita sebagai ibu bapa, rakan sekerja atau sesiapa sahaja jangan sesekali mengata orang. Contohnya dia gemuk, kulit gelap..jangan pernah mengata mereka.

"Pada kita, kita rasa perkara itu kelakar tetapi hakikatnya orang yang menerima ejekkan itu akan rasa kecil hati, akan rasa rendah diri dan rasa malu.

Ekoran kejadian itu, dia meminta anaknya untuk bertindak mempertahankan diri jika dia diejek lagi.

"Anak saya tak pernah tak mahu pergi sekolah hanya disebabkan itu. Saya rasa sedih sangat kecil-kecil lagi dah kena macam ini.

"Benda ini dah jadi perkara biasa dan akan memberi kesan terhadap mental dan saya pun tak tahu nak pujuk dia macam mana.

Di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat wanita tersebut. Dalam masa yang sama warganet turut berkongsi kisah mereka serta anak-anak mereka yang menjadi mangsa buli secara mental kerana diejek ketika dibangku sekolah. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 7-7-2023 01:25 PM
eleh budak sekarang. ejek sikit dah koyak. acik dulu dek kene ejek tudung terbang, baju terbang, gigi terbang.. know know skrg dah putih mcm snow dah. thanks drip
Quote sang_kuriang 7-7-2023 01:49 PM
Kita tak boleh nak stop mulut org mengata, kita yg kena kuatkan mental sendiri, mmg akn ada manusia² yg jenis mulut mcmni, gemuk sgtla, putih sgtla, gelap sgtla, abaikan jela..jenuh betul kalau tiap kali org ckp apapn kita nak absorb???? kena pandai filter
Quote rayray28 7-7-2023 01:52 PM
sang_kuriang replied at 7-7-2023 01:49 PM
Kita tak boleh nak stop mulut org mengata, kita yg kena kuatkan mental sendiri, mmg akn ada manusia ...

Betul dia akan jumpa spesies org mulut2 cmni sepanjang hidup..nk x nk mmg kne kuatkan diri utk ignore and tingkatkan self confidence
Quote fofuler 7-7-2023 04:20 PM
Aku lagi rasa annoyed dengan mak dia buat content tiktok, boleh tak?
Quote antikorok 7-7-2023 04:28 PM
Edited by antikorok at 7-7-2023 04:42 PM

Sebab tuh haku memang ludahkan puakakan aja golongan pembuli puaka jahanam laknat babiss yg suka buli budak2 kat sekolah dan asrama moga pembuli2 ni semua merepot di dalam neraka jahanam! Dasar terpaling la pembuli puaka ni hingattt ko kuat ko buleh buli org lain yg lemah daripada ko????
Pembuli puaka jahanam keturunan laknat la punca mangsa kena tekanan jiwa kemurungan sampai bun*h dirik!!!! Dasar perangai serope babiss iblis laknat!!
Quote Suchi 7-7-2023 04:37 PM
Anak dia umur berapa? Pakai la tudung himayya irdina tu jenis tudung sarung tu. ada getah kat dagu.
Pastu ada curve kat bahu. So terletak cantik je.
Boleh buat melekap atau muncung elok je kemas sampai balik sekolah.
Pakai tudung 2 lapis mmg leceh dan susah nk bntuk. Kat kelas anak iols kdang cikgu plak yg kena betulkan tudung bebudak ni.
Mesti cikgu pun serabut tgk tudung dah nk tutup mata, tula mak g bagi pakai tudung 2 lapis tu dh kenapa?
Sek men takpela ni budak darjah 1, ngarut sungguh.
Quote nuralisa 7-7-2023 04:56 PM
anak dia autisme ...  

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053291 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top